Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seperti;

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Seperti upih jatuh.

Bermaksud :

Yang tua mati dulu daripada yang muda.

 

Lihat selanjutnya...(415)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti kodok ditimpa kemarau.Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti upih jatuh.Yang tua mati dulu daripada yang muda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti unta menyerahkan diri.Menyerah dan menurut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ulat lupakan daun.Melupakan kebaikan orang kepadanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ular kena palu (= bedal, pukul).Menggeliang-geliut kerana terlalu marah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ular dikutik ekor.Marah yang amat sangat; bergerak cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti udang direbus.Orang yang bermuka merah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti timba buruk.Orang tua yang melarat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tikus masuk kapur (= tepung).Memakai bedak tidak keruan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tikus masuk roman.Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas