Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pi] | سڤي

Definisi : 1. tidak riuh, senyap, sunyi: kedua-duanya diam sejenak, seluruhnya ~ kecuali bunyi deru jentera yg tidak putus-putus; 2. tidak banyak orang, tidak ramai (pembeli di kedai dll), lengang: awak pernah gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di sampingnya; 3. ki tidak meriah (sambutan bkn sesuatu dll), dingin: kunjung-annya ke sana telah mendapat sambutan yg ~ sekali; memandang (menganggap) ~ ki tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat; menyepi 1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yg sunyi (utk menenteramkan diri dll); 2. menghindarkan diri drpd orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri; 3. menjadi sepi: keriuhan ayam itik juga turut ~; menyepikan menjadikan sepi: Allah tidak ~ alam ini drpd mereka; ~ diri meng­hindar-kan diri drpd orang banyak, menyepi; kesepian 1. perihal keadan sepi, kesunyian: hanya bunyi gobek itulah sahaja yg memecah-kan ~; 2. berasa sepi (kerana keseorangan dll): dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri; penyepian perbuatan menyepi atau menyepi-kan diri: selama ~nya itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yg paling penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pi] | سڤي

Definisi : 1 tidak riuh-rendah; senyap; sunyi: Saya suka duduk seorang diri di tempat yg ~. 2 tidak banyak orang; tidak ada orang atau kenderaan; lengang: Bandar Manos telah menjadi bandar yg ~. bersepi-sepi bersendirian di tempat yg sepi. menyepi 1 pergi ke tempat yg sepi; mengasingkan diri ke tempat yg sepi. 2 menjadi sepi (sunyi). menyepikan menjadikan sepi: ~ diri mengasingkan diri; memencilkan diri. kesepian 1 keadaan sepi; kesunyian: Utk menghilangkan ~, dia pergi menonton wayang. 2 berasa sepi; berasa sunyi: Dia ~ tinggal seorang diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepi (adjektif)
1. Bersinonim dengan senyap: sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan dingin: hambar, tawar,
Berantonim dengan meriah

3. Bersinonim dengan lengang: hening, sirap, tenang,

Kata Terbitan : menyepi, kesepian,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stilly adj (poet.) sepi: in the ~ night, di malam sepi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
silencen 1. state, quality of being silent, a. (of person) diam, senyap: a sudden ~ fell on us, kami tiba-tiba senyap; b. (of surroundings, environment) keadaan /sunyi, sepi, sunyi-sepi, sunyi-senyap/, kesunyian, kesepian: not a sound broke the ~, tdk ada sedikit bunyi pun yg memecahkan kesunyian itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lonely3. isolated, without people, terpencil, sunyi sepi: a ~ mountain village, sebuah kampung yg terpencil di pergunungan; 4. (of sound) haunting, mournful, mendayu-dayu: she could hear the ~ lament of the wind outside, dia dapat mendengar bunyi angin yg mendayu-dayu di luar; 5. without companion, solitary, a. (of person) sendirian: a ~ traveller, pengembara yg sendirian; b. (of animal) seekor: a ~ gull perched on the mast, seekor burung camar bertenggek di atas tiang layar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reposefuladj damai, tenang, tenteram: in the ~ quiet of the evening, pd malam yg sepi dan damai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
despisevt (feel extreme dislike for) benci akan; (scorn, disdain) memandang /rendah, hina, sepi/ thdp: he ~s liars, dia benci akan orang yg suka berbohong; not to be ~d, [various translations]: his qualifications are not to be ~d, kelayakannya hebat; efficiency is a must, and good looks are not to be ~d, kecekapan perlu ada dan kalau orangnya cantik, lebih elok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
manyn; the~, orang ramai: he has contempt for the opinions of the ~, dia memandang sepi pendapat orang ramai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
melancholyadj 1. depressed, sorrowful, menung hiba, melankolik: she looked lonely and ~, dia kelihatan sepi dan menung hiba; 2. causing depression or sadness, menghibakan: ~ news, berita yg menghibakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lonesomeadj (US) 1. (colloq), (of person) lonely and unhappy due to lack of companionship, (rasa) /sunyi, sepi/: I’m feeling ~ tonight, saya rasa sunyi malam ini; 2. isolated or deserted, terpencil: a ~ house on the moors, sebuah rumah yg terpencil di moor itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ominousadj sinister, worrying, /sangat, sungguh/ tdk menyenangkan; (of clouds), /menandakan, mengalamatkan/ hari akan hujan: there was an ~ silence, keadaan sunyi sepi itu sangat tdk menyenangkan; there was an ~ frown on his father’s face, terdapat kerut yg sungguh tdk menyenangkan pd dahi bapanya; those clouds look ~, awan mendung menandakan hari akan hujan; be ~ of (disaster etc), /menandakan, mengalamatkan/ (bencana dll akan berlaku).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
solitude n 1. state of being alone, without companion, bersendirian, berseorangan: here, in this lonely place he lived in ~, di sini, di tempat yg sepi ini, dia tinggal bersendirian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas