Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Séptémber) bulan kesembilan dlm tahun Masihi yg mengandungi 30 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /séptémber/ bulan yg ke­sembilan dlm tahun Masihi (terdiri drpd 30 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata september


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEPTEMBER

September ialah bulan kesembilan dalam

setahun menurut kalendar Gregory yang

kini digunakan hampir di seluruh dunia.

September merupakan bulan ketujuh dalam

kalendar lama Rom purba dan namanya berasal

daripada perkataan Latin, Septem yang

bermaksud tujuh . Kemudian September menjadi

bulan kesembilan apabila orang Rom purba

menggerakkan permulaan tahun mereka dari

1 Mac kepada 1 Januari. September mempunyai

29 hari, 31 hari, dan 30 hari sejak zaman maharaja

Rom Augustus.

UMUM 
RAZALI ISMAIL, TAN SRI

Razali Ismail, Tan Sri (1939– ) ialah Presiden

Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996

hingga September 1998. Dia ialah orang keempat

dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan

tersebut dalam masa 52 tahun semenjak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan

pada tahun 1945.

UMUM 
PERJANJIAN MUNICH

Perjanjian Munich diluluskan pada bulan

September 1938 di Munich, Jerman. Dengan Ini,

Great Britain dan Perancis menerima tuntutan

Jerman untuk mendapatkan beberapa buah kawasan

di Czechoslovakia. Persetujuan tersebut melibatkan

kawasan Sudetenland di Czechoslovakia yang

mempunyai 800 000 orang Czech dan 2 800 000

orang yang berketurunan Jerman.

UMUM 
MICHAELMAS

Michaelmas ialah perayaan yang diadakan pada

29 September di gereja Roman Katolik dan Gereja

England, dan pada 8 November di gereja Greek,

Armenia dan Koptik. Perayaan ini adalah sebagai

memperingati Saint Michael yang digelar

‘archangel’. Michaelmas berkemungkinan berasal

daripada Empayar Rom pada tahun 400-an M.

Perayaan itu penting pada Zaman Pertengahan

apabila Saint Michael menjadi ketua kesateria dan

salah seorang ketua santo Gereja Roman Katolik.

Di Great Britain, Michaelmas ialah satu istilah

akademik yang digunakan di Universiti Oxford dan

Cambridge.

UMUM 
PERES, SHIMON

Peres, Shimon (1923– ), berkhidmat sebagai

perdana menteri Israel dari bulan September

1984 hingga Oktober 1986 dan dari bulan

November 1995 hingga Januari 1996. Pada tahun

1993, dia dilantik sebagai menteri luar di bawah

pemerintahan perdana menteri Yitzhak Rabin. Dia

memainkan peranan penting dalam usaha

mencapai kedamaian antara Israel dengan

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Peres,

Rabin, dan ketua PLO, Yasir Arafat, berkongsi

Hadiah Nobel Keamanan 1994 kerana usaha

mereka untuk mewujudkan keamanan di Timur

Tengah.

UMUM 
PERIKATAN SUCI

Perikatan Suci ialah satu perjanjian yang

ditandatangani di Paris pada bulan September

1815 selepas kejatuhan Napoleon. Tsar Alexander

I Rusia telah mengasaskan Perikatan ini. Dua

orang penandatangan pertama ialah Francis I,

Maharaja Austria dan Raja Frederick William III

dari Prussia. Kesemua raja-raja lain di Eropah

kecuali Paus, Raja Great Britain dan Sultan Turki

menandatangani perikatan itu.

UMUM 
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1907–1979)

ialah sultan negeri Terengganu yang kelima belas.

Baginda ditabalkan menjadi Sultan Terengganu yang

ke-15 pada 6 Jun 1949 di Istana Maziah, Kuala

Terengganu. Baginda dilantik menjadi Timbalan

Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu pada 21

September 1960 dan kemudiannya menjadi Yang

di-Pertuan Agong yang keempat pada 21

September 1965 hingga 21 September 1970.

UMUM 
TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah sebuah

agensi yang ditubuhkan pada bulan September 1990

melalui satu usaha perbadanan dan penswastaan

oleh Kerajaan Malaysia. Perbadanan ini diletakkan di

bawah Jabatan Bekalan Elektrik di bawah

Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan

Multimedia, Malaysia. TNB bermula dengan

penubuhan Lembaga Letrik Pusat pada tahun 1949

dan ditukar nama kepada Lembaga Letrik Negara

(LLN) pada tahun 1965.

UMUM 
SHAMIR, YITZHAK

Shamir, Yitzhak (1915 – ), berkhidmat sebagai

Perdana Menteri Israel dari bulan Oktober 1983

hingga September 1984 dan dari bulan Oktober

1986 hingga Julai 1992.

UMUM 
QADHAFI, MUAMMAR MUHAMMAD AL-

Qadhafi, Muammar Muhammad al- ( 1361

H.– /1942 M. – ) ialah Presiden Republik Arab

Libya. Dia adalah pemimpin Revolusi September

1969 yang menggulingkan pemerintahan beraja di

Libya. Al-Qadhafi lahir di daerah Sirt dan daripada

keluarga petani dan pengembala. Justeru, dia

dibesarkan dalam keadaan yang daif. Dia lulus

dari maktab tentera pada tahun 1965 dengan

pangkat leftenan. Dia dihantar ke Britain untuk

menyambung pelajaran dalam Akademi Tentera

Diraja St Hurst.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas