Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 10,000.00 (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepuluh ribu


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sepuluh ribu10,000.00Kamus Pelajar Edisi Kedua
laksa IIsepuluh ribu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
laksa IIsepuluh ribu.Kamus Pelajar
laksa IIsepuluh ribu.Kamus Pelajar
laksa Isepuluh ribu; empat ~ empat puluh ribu; berlaksa-laksa berpuluh-puluh ribu.Kamus Dewan Edisi Keempat
enrolmen(énrolmen) bilangan orang yg mendaftarkan diri sbg pelajar di institusi (kolej dsb): apabila pelajar baru mendaftar pd Julai ini, ~ pelajar akan meningkat sehingga melebihi sepuluh ribu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ribu Ibilangan seribu-seribu: se~ bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; empat ~ 4,000; sepuluh ~ 10,000. beribu-ribu beberapa banyak ribu: Tiap-tiap tahun, ~ orang Islam dr Malaysia pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji. ribuan 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. seribu satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ribubilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang me­ninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu di­bahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bintang I1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung; 7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan).Kamus Dewan Edisi Keempat
harga1 nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ sepuluh ringgit. 2 ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasa­nya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ siling harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa. ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas