Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérak); berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai; berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan: puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permai-dani; menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana; menyerakkan menaburkan (supaya ber­serak), menyebarkan, memencarkan: kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserak-kan di cerpu kaki masing-masing; penyerakan proses menyerak(kan). serakah loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu; keserakahan perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan: tatahukum itu se­benarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. parau atau garau (suara): makin lama suaranya makin ~ dan akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yg akhir; ~-~ basah agak serak suaranya (tetapi sedap didengar); 2. tersendat jalan pernafasannya (spt orang kena selesema, berdahak, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung hantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-serik = ~-seruk bunyi spt bunyi orang menggosok lantai dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sérak/; berserak bertabur ke merata-rata tempat; bercerai-ce­rai tidak menentu; bersepah-sepah: Buku-­buku bacaannya ~ di atas lantai. menye­rakkan menjadikan ber­serak; menaburkan ke merata-rata; menyebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : parau atau garau (bkn suara) kerana terlalu banyak berkata-kata dll: ~-~ basah agak serak (bkn suara) tetapi sedap didengar. keserakan keadaan serak: ~ suaranya memikat para pendengar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serak (adjektif)
Bersinonim dengan parau, garau.,
Kata Terbitan : serak2, berserak, berselerak, menyerak,

Puisi
 

Serak dagang bertali-tali,
     Putik nangka bertupa-tupa;
Abang balik sekali lagi,
     Bawa balik bunga cempaka.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
serakserakKesenianTiadaBakul kandung daripada pandan atau mengkuang, berbucu empat, bermulut bulat lebih kecil daripada badan, berbingkai yang disisip dalam anyaman sebagai penyudah di bahagian mulut dan digunakan untuk mengisi padi atau beras.
backscattering gaugetolok serak balikKejuruteraanTiadaAlat untuk mengukur ketebalan bahan berasaskan konsep serak balik.
backscatterserak balikTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKesan sinaran yang terserak daripada objek yang berada di sebelah belakang filem radiografi. Kod dan piawai dalam industri memerlukan huruf plumbum ‘B’ diletakkan di belakang kaset untuk mengesan serak balik ini. Sekiranya huruf ‘B’ itu menjadi imej pada filem, ini menunjukkan terdapat kesan serak balik yang sampai ke filem tersebut.
scatteredserakMeteorologiMeteorologi PerhubunganBerkaitan dengan tutupan awan yang bernilai 1 hingga 4 okta. Istilah ini digunakan hanya apabila awan atau fenomena penghalang wujud di bahagian atas dan tidak di permukaan bumi. Dalam pencerapan cuaca penerbangan, tutupan awan serak dikodkan sebagai SCT dalam METAR.
scatter graphgraf serakTeknologi MaklumatTiadaGraf yang digunakan dalam statistik untuk memapar dan membandingkan dua set data kuantitatif atau numerikal yang saling kait dengan memaparkan titik yang terhingga jumlahnya. Setiap titik mempunyai koordinat di atas paksi mendatar dan menegak. Sinonim plot serak.
aerosolaerosolSainsHidrometeorologiSistem koloid yang fasa seraknya terdiri daripada zarah pepejal atau cecair dalam medium gas, biasanya udara. Saiz zarah fasa serak tidak mempunyai had atas yang jelas tetapi, seperti dalam semua sistem koloid, saiz ini biasanya ditetapkan pada 1mm . Jerebu, kebanyakan asap, dan sesetengah kabut dan awan boleh dianggap sebagai aerosol. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak begitu sesuai digunakan untuk awan biasa yang mempunyai titisan yang besar dan tidak menepati konsep kestabilan koloid. Istilah ini juga tidak sesuai digunakan bagi zarah terserak sahaja kerana aerosol merupakan sistem gabungan fasa serak dengan mengambil kira medium serak.
aerosolaerosolMeteorologiMeteorologi PerhubunganSistem koloid yang fasa seraknya terdiri daripada zarah pepejal atau cecair dalam medium gas, biasanya udara. Saiz zarah fasa serak tidak mempunyai had atas yang jelas, tetapi seperti dalam semua sistem koloid, saiz ini biasanya ditetapkan pada 1 mm. Jerebu, kebanyakan asap, dan sesetengah kabut dan awan boleh dianggap sebagai aerosol. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak begitu sesuai digunakan untuk awan biasa yang mempunyai titisan yang besar dan tidak menepati konsep kestabilan koloid. Istilah ini juga tidak sesuai digunakan bagi zarah terserak sahaja kerana aerosol merupakan sistem gabungan fasa serak dengan mengambil kira medium serak.
backscatterserak balikFizikTiadaTiada
backscatterserak balikKomunikasi MassaTiadaTiada
backscatterserak balikKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas