Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ram.pang] | سرمڤڠ

Definisi : 1. sj tombak yg bercabang hujungnya (utk senjata, menangkap ikan, dll); 2. garpu makan; ~ dua mata a) ki sesuatu dasar, program, dsb yg mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif, dsb; b) prb orang yg menyebelahi dua pihak yg berlawanan; ikan biar dapat, ~ jangan pokah prb maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian; menyerampang menikam dgn serampang (kpd musuh, ikan, dll); terserampang tertikam dgn serampang, kena serampang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.pang] | سرمڤڠ

Definisi : Mn; terserampang 1. tersang-kut (terlekat, tertahan) pd, terkait; 2. ki ter-sekat, terhenti, tertahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.pang] | سرمڤڠ

Definisi : ; menyerampang 1. membaling sesuatu (spt kayu dll) hampir dgn paras tanah; 2. bp menyerang (melanggar, merempuh) dgn sesuka hati sahaja, melakukan sesuatu dgn membabi buta sahaja, merambang; 3. bp mengambil dgn sewenang-wenang, mencuri, menyerobot; serampangan dgn sewenang-wenang sahaja, tidak berfikir panjang lagi (melakukan sesuatu dll), membabi buta: antara penulis-penulis kita, terdapat sikap yg melulu dan ~ sahaja dlm mempergunakan bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.pang] | سرمڤڠ

Definisi : tombak yg hujungnya ber­cabang tiga (digunakan utk me­nangkap ikan, sbg senjata dll). menyerampang menikam dgn serampang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serampang
1. Rujuk senjata

2. Bersinonim dengan garpu makan.


Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar ular mati,
     kayu tiada patah.

Bermaksud :

Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan biar dapat, serampang jangan pukah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang frasa 'serampang dua mata'. Kamus menyatakan ia ada dua makna. Pertama, kiasan yang membawa maksud sesuatu dasar/program yang mempunyai dua matlamat/kepentingan/objektif. Kedua, ia peribahasa yang bermaksud orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan. Terkait maknanya sebagai peribahasa, adakah 'serampang dua mata' digunakan untuk konotasi positif atau negatif? Kerana, apabila membaca takrif iaitu orang yang menyebelahi dua pihak berlawanan, timbul ketaksaan sama ada 'orang' itu pembelot (yakni membeloti kedua-dua pihak, membawa konotasi seorang oportunis) atau pendamai yang memihak kepada kedua-duanya bagi tujuan menjadi pengantara neutral yang bantu mudahkan pencapaian kata sepakat.Makna peribahasa serampang dua mata diberikan dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang anda rujuk. Kebijaksanaan intelektual Melayu sememangnya sangat terserlah dalam peribahasa yang boleh ditafsir pelbagai mengikut kesesuaian konteks penggunaan.  Namun, serampang dua mata bukan pembelot kerana pembelot merujuk pada orang yang lari lalu memihak kepada pihak musuh, bukannya memihak kepada kedua-dua pihak yang berlawanan. Makna05.01.2019
Apakah padanan Melayu untuk 'prong-setting' (sejenis reka bentuk untuk cincin)? Adakah 'tetapan serampang' sesuai? Terima kasih.Kami mencadangkan "prong-setting" diterjemahkan sebagai "ikat serampang". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Salam sejahtera. Adakah istilah 'two-prongs test' boleh diterjemahkan sebagai 'ujian dua serampang'? Istilah berada dalam bidang Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
Padanan bahasa Melayu bagi istilah two-prongs test ialah ujian serampang dua.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah22.08.2022
Apakah maksud frasa serampang dua mataMaksud bidalan tersebut ialah mendapat dua faedah serentak dan menyokong kedua pihak yang berkonflik. Harap maklum.Lain-lain28.08.2007
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010

Kembali ke atas