Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ram.pang] | سرمڤڠ

Definisi : 1. sj tombak yg bercabang hujungnya (utk senjata, menangkap ikan, dll); 2. garpu makan; ~ dua mata a) ki sesuatu dasar, program, dsb yg mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif, dsb; b) prb orang yg menyebelahi dua pihak yg berlawanan; ikan biar dapat, ~ jangan pokah prb maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian; menyerampang menikam dgn serampang (kpd musuh, ikan, dll); terserampang tertikam dgn serampang, kena serampang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.pang] | سرمڤڠ

Definisi : Mn; terserampang 1. tersang-kut (terlekat, tertahan) pd, terkait; 2. ki ter-sekat, terhenti, tertahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.pang] | سرمڤڠ

Definisi : ; menyerampang 1. membaling sesuatu (spt kayu dll) hampir dgn paras tanah; 2. bp menyerang (melanggar, merempuh) dgn sesuka hati sahaja, melakukan sesuatu dgn membabi buta sahaja, merambang; 3. bp mengambil dgn sewenang-wenang, mencuri, menyerobot; serampangan dgn sewenang-wenang sahaja, tidak berfikir panjang lagi (melakukan sesuatu dll), membabi buta: antara penulis-penulis kita, terdapat sikap yg melulu dan ~ sahaja dlm mempergunakan bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.pang] | سرمڤڠ

Definisi : tombak yg hujungnya ber­cabang tiga (digunakan utk me­nangkap ikan, sbg senjata dll). menyerampang menikam dgn serampang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serampang
1. Rujuk senjata

2. Bersinonim dengan garpu makan.


Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar ular mati,
     kayu tiada patah.

Bermaksud :

Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan biar dapat, serampang jangan pukah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
face-bow fork/bite forkserampang busur muka/serampang gigitanPerubatanTiadaTiada
barbed spearserampangPerikananTiadaAlat menangkap ikan seperti lembing yang diperbuat daripada besi atau kayu, dan mempunyai beberapa cangkuk beruit di hujungnya. Mangsa akan tersangkut dan melekat di hujung cangkuk tersebut. Serampang mudah menembusi mangsa dan menyukarkan mangsa untuk terlepas.
barbruitPerikananTiadaCangkuk yang terdapat pada mata kail, panah atau serampang. Cangkuk berfungsi untuk memastikan mangsa tidak mudah terlepas apabila tersangkut pada mata kail. Mata kail mempunyai satu ruit sahaja, manakala panah dan serampang biasanya mempunyai lebih daripada satu ruit.
gaftserampangPerikananTiadaTiada
spearserampangPerikananTiadaTiada
graftserampangPerikananTiadaTiada
pitchforkserampang peladangPertanianTiadaTiada
harpoontempuling; serampangPerikananTiadaTiada
barbed spearserampangPerikananTiadaTiada
fish plummetserampangPerikananTiadaTiada
123

Kembali ke atas