Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.nah] | سرانه

Definisi : kata-kata yg mengutuk (menista dll), serapah; sumpah ~ berbagai-bagai kutuk dan nista; menyeranah mengutuki, menyumpahi: Hajah Kadiah ~ dan menyumpah babi-babi yg memakan ubinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.nah] | سرانه

Definisi : kata-kata utk mengeji (me­ngutuk dsb): sumpah ~ berbagai-bagai kutukan dan cacian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seranah (kata nama)
Bersinonim dengan sumpah, kutukan, serapah, maki, maki hamun, nista, hamput;,
Kata Terbitan : menyeranah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan perlu meletakkan tanda sempang atau tidak perlu dalam menulis perkataan cucu cicit, hiruk pikuk, bengkang bengkok, calar balar, sumpah seranah. Apa formula yang mudah digunakan untiuk perkataan begini untuk diletak sempang atau tidak. Terima kasih.Kata ganda dieja dengan tanda sempang. Kekeliruan timbul apabila beberapa frasa seperti bukit bukau dan sampah sarap dieja tanda sempang. Hal ini demikian kerana bukit bukau dan sampah sarap ialah frasa nama kerana kedua-dua perkataan dalam frasa tersebut mempunyai makna, dan bukan kata ganda.Ejaan06.08.2018
Apakah itu bahasa makian?berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makian bermaksud kata yg kasar dan keji (utk meng­hina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu.Istilah26.07.2010

Kembali ke atas