Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : sj binatang kecil yg badannya ber-tekung tiga dan kakinya enam serta beruas-ruas (spt nyamuk, lalat, belalang, dll); ~ perosak (Tani) serangga (spt belalang, piang-gang, dll) yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : kumpulan binatang kecil, spt nyamuk, lalat, yg berkaki enam, badannya beruas-ruas dan terbahagi kpd tiga bahagian (biasanya mempunyai dua pasang sayap): ~ perosak serangga yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serangga (kata nama)
Bersinonim dengan gegat, belalang, nyamuk, lalat, lipas, pianggang, mentadak, semut, kerengga, tebuan, sesorok, tawang-tawang.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
seranggainsectKumpulan haiwan kecil yang berkaki enam, terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Contohnya, seperti lalat dan nyamuk. Lihat RajahSekolah Rendah
racun seranggainsecticideBahan beracun yang digunakan untuk membunuh serangga dan biasanya digunakan dalam pertanian, perubatan, industri atau rumah.Sekolah Rendah
nimfanymphSerangga bersaiz kecil yang menyerupai bentuk seperti serangga dewasa dan mengalami perubahan dalam kitaran hidup yang belum lengkap. Lihat RajahSekolah Rendah
seranggainsectKumpulan haiwan invertebrat yang kecil, mempunyai tiga bahagian badan (kepala, toraks, abdomen) dan tiga pasang kaki. Serangga mempunyai abdomen yang bersegmen. Contohnya, belalang. Lihat RajahMenengah Rendah
larvalarvaAnak serangga yang masih dalam bentuk ulat. Larva merupakan peringkat kedua dalam kitaran hidup serangga yang aktif. Lihat RajahSekolah Rendah
pepatungdragonflySerangga yang mempunyai sepasang mata bersegi yang besar, dua pasang sayap panjang yang lut sinar dan merupakan pemangsa yang memakan serangga lain seperti nyamuk dan lalat. Pepatung dikenali juga sebagai odonata. Lihat RajahSekolah Rendah
mentadakpraying mantisSejenis serangga yang mempunyai kaki yang panjang dan mempunyai tiga bahagian badan, iaitu kepala, toraks dan abdomen. Lihat RajahSekolah Rendah
kupu-kupumothSejenis serangga dengan kepak yang berwarna pudar dan tertutup rapat sewaktu rehat. Kupu-kupu aktif pada waktu malam. Lihat RajahSekolah Rendah
sayapwingBahagian pada badan burung atau serangga atau struktur buatan yang digunakan untuk terbang.Sekolah Rendah
kepakwingBahagian pada badan burung atau serangga yang digunakan untuk terbang.Lihat RajahSekolah Rendah
123

Kembali ke atas