Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : sj binatang kecil yg badannya ber-tekung tiga dan kakinya enam serta beruas-ruas (spt nyamuk, lalat, belalang, dll); ~ perosak (Tani) serangga (spt belalang, piang-gang, dll) yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : kumpulan binatang kecil, spt nyamuk, lalat, yg berkaki enam, badannya beruas-ruas dan terbahagi kpd tiga bahagian (biasanya mempunyai dua pasang sayap): ~ perosak serangga yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serangga (kata nama)
Bersinonim dengan gegat, belalang, nyamuk, lalat, lipas, pianggang, mentadak, semut, kerengga, tebuan, sesorok, tawang-tawang.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 
RACUN SERANGGA

Racun serangga ialah bahan pembunuh

serangga. Racun serangga kadangkala dikenali

sebagai racun perosak . Tetapi racun perosak

termasuk bahan yang digunakan untuk mengawal

tikus, rumpai dan perosak lain, di samping

serangga. Di seluruh dunia, serangga boleh

menyebabkan kerosakan yang teruk kepada

tanaman dan ternakan. Ia juga mengancam

kesihatan manusia dengan menyebarkan

penyakit.

UMUM 
SERANGGA DAUN

Serangga daun ialah serangga yang kelihatan

seperti daun hijau atau ranting. Ia terdapat di Afrika,

tenggara Asia, utara Australia dan di banyak

kepulauan di Pasifik Selatan. Serangga daun adalah

spesies yang berkaitan

rapat.

UMUM 
SERANGGA

Serangga ialah haiwan kecil, berkaki enam.

Lebah, semut, penyengat, rama-rama, lipas,

kumbang, kelip-kelip, anai-anai, dan kupu-kupu

adalah serangga. Demikian juga lalat, pepatung,

nyamuk, gegat, belalang, kutu, cengkerik,

belalang Makkah, dan pinjal. Senarai ini tiada

akhirnya.

UMUM 
SEMUT

Semut ialah serangga yang hidup dalam komuniti

teratur. Semut dikenali sebagai serangga sosial.

Lain-lain serangga sosial termasuk sesetengah

jenis lebah, semua jenis anai-anai, dan sesetengah

penyengat.

UMUM 
ANT LION

Ant lion ialah larva (bentuk tidak matang) serangga

yang menggali lubang dalam tanah untuk

memerangkap semut dan lain-lain serangga kecil

untuk dimakan. Serangga dewasa kelihatan seperti

pepatung. Larva ant lion sering dinamakan

doodlebug.

UMUM 
DDT

DDT ialah racun serangga yang digunakan secara

meluas pada tanaman untuk mengawal serangga

perosak. Ketiga-tiga huruf itu berasal daripada

nama kimia bagi bahan ini; dichloro-diphenyltrichloroethane

(dikloro-difenil-triklovoetana). DDT

ialah serbuk berwarna putih kekelabuan. Apabila

digunakan untuk mengawal serangga perosak,

serbuk DDT dicampurkan dengan bahan-bahan

lain.

UMUM 
RACUN PEROSAK

Racun perosak ialah bahan kimia yang

digunakan untuk mengawal atau menghapuskan

perosak. Barangkali serangga adalah perosak

utama. Banyak jenis serangga menjangkitkan

penyakit yang teruk seperti malaria dan tifus.

Sesetengah serangga memusnahkan atau

menyebabkan kerosakan teruk kepada tanaman

yang bernilai seperti jagung dan kapas. Lain-lain

perosak biasa termasuk bakteria, kulat, tikus, dan

rumpai. Perosak boleh dengan teruk

mengurangkan pengeluaran tanaman dan

ternakan. Pembuat menggunakan pelbagai bahan

kimia untuk membuat racun perosak.

UMUM 
ARAKNID

Araknid ialah ahli kelas haiwan darat yang kecil

bak serangga. Araknid yang terkenal ialah lelabah,

kutu, hama, kala jengking dan harvestmen. Tidak

seperti serangga, araknid tidak mempunyai kepak.

Badannya terbahagi kepada dua bahagian utama,

iaitu abdomen dan sefalotoraks , yang terdiri

daripada kepala dan toraks yang bercantum sekali.

Bagaimanapun, serangga mempunyai tiga

bahagian utama badan: kepala, toraks dan

abdomen. Araknid mempunyai empat pasang

kaki, tetapi tidak mempunyai sesungut. Serangga

mempunyai sesungut, tetapi hanya mempunyai

tiga pasang kaki.

UMUM 
NEKTAR

Nektar ialah cecair manis yang dikeluarkan oleh

kebanyakan bunga. Serangga terbang dari bunga

ke bunga untuk menghisap nektar. Kelenjar nektar

biasanya terletak di bahagian bawah bunga, dan

serangga terpaksa mengesat debunga untuk

sampai ke nektar. Serangga membawa debunga

dari tumbuhan ke satu tumbuhan. Lebah

mengumpul nektar, dan menukarkannya menjadi

madu.

Lihat juga Lebah (Membuat madu).

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas