Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : sj binatang kecil yg badannya ber-tekung tiga dan kakinya enam serta beruas-ruas (spt nyamuk, lalat, belalang, dll); ~ perosak (Tani) serangga (spt belalang, piang-gang, dll) yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : kumpulan binatang kecil, spt nyamuk, lalat, yg berkaki enam, badannya beruas-ruas dan terbahagi kpd tiga bahagian (biasanya mempunyai dua pasang sayap): ~ perosak serangga yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serangga (kata nama)
Bersinonim dengan gegat, belalang, nyamuk, lalat, lipas, pianggang, mentadak, semut, kerengga, tebuan, sesorok, tawang-tawang.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plastron respirationrespirasi plastronBiologiEntomologiRespirasi melalui plastron pada serangga serangga akuatik, misalnya pada spesies Aphelocheirus.
muscardine funguskulat muskardinBiologiMikologiNama am bagi kulat patogen yang menjangkiti ulat sutera dan serangga-serangga lain. Kulat ini yang berwarna hijau dikenal sebagai Metarrhizium anisopliae dan yang berwarna kuning pula dikenal sebagai Isaria farinosa.
beneficial insectserangga bermanfaatPertanianAgroteknologiSerangga yang boleh memberi manfaat dalam aktiviti pertanian seperti serangga yang menjadi agen pendebungaan dan serangga pemusnah musuh tanaman. Contohnya, lebah dan kumbang adalah serangga bermanafaat untuk pendebungaan. Serangga seperti kumbang kekura (Epilachna indica) pula ialah salah satu serangga yang memusnahkan perosak tanaman seperti afid. Selain itu, serangga lain seperti semut hitam (Dolichoderus thoracicus) pula berfungsi untuk mengawal koya-koya, iaitu serangga perosak pada buah koko.
alimentary castrationpengembirian alimentariBiologiEntomologiKemandulan serangga berkasta, seperti serangga pekerja atau serangga askar dalam sesetengah serangga social disebabkan kekurangan zat makanan.
fly baitumpan serangga tiruanPerikananTiadaUmpan tiruan berbentuk serangga yang dianyam daripada pelbagai bahan seperti bulu, sabut atau benang. Umpan serangga tiruan boleh terdiri daripada pelbagai jenis serangga, sama ada serangga air atau serangga darat. Umpan jenis ini digunakan untuk memancing ikan di sungai atau tasik.
foor-spinnerpemintal kakiBiologiEntomologiSerangga hemimetaboli dalam order Embioptera, yang mempunyai badan lembut, panjang dan pipih. Serangga jantan mempunyai dua pasang sayap, tetapi serangga betina tidak bersayap. Serangga ini merupakan serangga social yang hidup di dalam terowong sutera di bawah batu atau kulit kayu. Sutera dihasilkan dari kelenjar kaki depan pada kedua-dua jantina dan nimfa.
fireflykelip-kelipBiologiEntomologiSerangga pendarkilau, khususnya serangga dalam famili Lampyridae. Serangga ini mempunyai organ pendarkilau pada segmen abdomen keenam dan ketujuh. Cahaya pendarkilau dikeluarkan oleh organ dan jasad lemak hasil pengoksidaan lusiferin dengan bantuan enzim lusiferase. kunang-kunang.
flylalatBiologiEntomologiNama am bagi kebanyakan serangga, tetapi khususnya bagi serangga dwisayap atau serangga Diptera.
lac insectserangga lakBiologiEntomologiSerangga sisik yang serupa dengan koksid dan serangga cochineal yang terdapat di India dan di Asia Tenggara. Serangga betina berkerumun pada batang pokok ara dan pokok lain, dan merembeskan bahan beresin yang akan membentuk lak atau syelek. Serangga ini kadang-kadang dikenal juga sebagai Carteria lacca atau Lachardia lacca.
firebratfirebratBiologiEntomologiSpesies serangga Thysanura yang merupakan serangga primitiftanpa sayap dan bersesungut panjang (hampir dua kali ganda panjang badannya) serta mempunyai filamen ekor yang panjang di hujung abdomennya. Serangga ini mempunyai bahagian mulut untuk menggigit dan biasanya ditemukan di kawasan dapur dan menjadi serangga perosak di situ.
12345678910...

Kembali ke atas