Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.pah] | سراڤه

Definisi : kutuk, sumpah: baharulah di­ketahui-nya naga itu dewa kena ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.pah] | سراڤه

Definisi : 1 kata-kata yg diucapkan utk mengutuk atau utk menyumpah: sumpah ~ berbagai-bagai kutukan; kena ~ terkena kutuk atau terkena sumpah. 2 jampi atau mantera yg tidak menggunakan ayat-ayat Quran. menyerapah 1 mengeluarkan ka­ta-kata utk mengutuk atau utk me­nyumpah. 2 membaca mantera utk mengubati orang sakit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serapah (kata nama)
1. Bersinonim dengan seranah: sumpah, kutuk, aksam,

2. Bersinonim dengan jampi: mentera

Kata Terbitan : menyerapah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAMPI SERAPAH

JAMPI SERAPAH,  ungkapan berirama yang diucapkan dalam suasana atau keadaan tertentu untuk menghasilkan kesan tertentu.  Air sejuk, misalnya, menjadi penawar setelah dijampi serapah oleh bomoh.  Sebagai ungkapan berirama, jampi serapah mengandungi perkataan yang menggambarkan pelbagai suasana, misalnya kutukan, pujuk rayu dan puji-pujian, selari dengan tujuan penggunaan jampi serapah itu.

BUDAYAPerayaan/Upacara
PENAWAR

PENAWAR, ubat, jampi dan serapah yang digunakan untuk mengurangkan bisa atau kesakitan fizikal dan emosi yang dihidapi oleh seseorang.  Dalam perubatan Melayu, terdapat pelbagai jenis penawar seperti penawar bisa ampai-ampai ialah asam dan penawar sengat lebah ialah kapur.

BUDAYAUbat-Ubatan
SANTAU

SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati.  Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu.  Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau.  Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau.  Dasar santau adalah sebenarnya racun.  Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan.  Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas