Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rat] | سرت

Definisi : tidak licin (lancar, lincir), susah dicabut atau dikeluarkan (paku dll), ketat, sendat: kata-kata itu ~ keluar dr mulutnya; menyeratkan menyebabkan jadi serat (sen-dat, tidak licin, dll), menyendatkan, mengetat-kan; terserat terhenti, tersendat (perjalanan, per-gerakan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rat] | سرت

Definisi : Jw 1. serabut yg spt benang (terdapat pd daun nanas, batang pisang, dsb) yg boleh dijadikan tali dll: dr ~ pokok Corchorus capsularis ini dibuat orang guni; ~ saraf urat saraf; 2. bahan makanan yg tidak tercerna oleh enzim gaster usus makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rat] | سرت

Definisi : benda semacam benang spt yg terdapat pd sabut (daun nanas, batang pisang dll) dan dpt dijadikan tali; serabut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serat (adjektif)
1. Bersinonim dengan ketat: sendat, terik, sepan, kiat, macet,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan tergagap-gagap, terputus-putus, teragak-agak,
Berantonim dengan lancar

Kata Terbitan : menyeratkan, terserat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PITA BRID

Pita brid atau pintalan adalah salah satu

daripada cara yang paling mudah untuk menjalin

yan atau serat-serat lain. Seseorang yang

menggunakan teknik ini membrid tiga atau lebih

serat dengan melalukan setiap satunya secara

melintang di atas dan di bawah satu atau lebih

serat lain. Kini kebanyakan brid hiasan dibuat

dengan mesin khas dan alat tambahan pada

mesin.

UMUM 
SERAT

Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian,

ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang

benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya.

Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang

daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh

dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah

unit nampak yang paling kecil daripada sebarang

keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat

dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti

permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga

menggunakan serat dalam banyak keluaran

industri, termasuk payung terjun (paracut), hos

bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa.

Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat

arteri dan tendon artifisial.

UMUM 
PAPAN SERAT

Papan serat ialah bahan binaan yang dibuat

daripada kayu atau serat tumbuhan lain yang ditekan

menjadi kepingan.

UMUM 
ANGORA

Angora ialah serat bulu yang dibuat daripada bulu

arnab Angora. Istilah ini kadang-kadang digunakan

bagi serat bulu yang dibuat daripada bulu kambing

Angora, tetapi serat bulu kambing tepat dinamakan

mohair.

UMUM 
SWISS

Swiss ialah kain kapas halus, jarang yang pertama

kali dibuat di Switzerland. Fabrik ini juga boleh jadi

campuran serat kapas dengan serat sintetik. Swiss

boleh jadi kosong atau bercorak atau mungkin

mempunyai titik-titik yang ditenun atau ditampal. Ia

boleh diproses supaya tetap keras selepas dibasuh.

Swiss digunakan untuk membuat pakaian, apron

dan langsir.

UMUM 
RAYON

Rayon ialah sejenis serat yang dibuat di kilang. Serat

rayon ini diperbuat daripada kayu atau kapas. Ia

digunakan dengan meluas dalam pembuatan bahan

industri serta tekstil anyaman dan tenunan untuk

pakaian dan perhiasan fabrik. Sesetengah fabrik yang

diperbuat daripada rayon diolah khas supaya kalis

haba dan digunakan dalam bahagian tertentu

pesawat angkasa lepas.

UMUM 
KAPAS

Kapas ialah serat tumbuhan yang paling meluas

digunakan. Serat kapas ditenun menjadi fabrik

yang lembut, kuat, mudah menyerap untuk

membuat pakaian, cadar, permaidani, alas meja,

dan benda-benda lain.

UMUM 
TALI PAKAL

Tali pakal ialah serat longgar yang diperoleh

dengan membuka tali rami lama yang bertar. Serat

ini digunakan, terutamanya untuk memakal atau

menyumbat kelim kapal kayu supaya ia kedap air.

Tukang paip menggunakan tali pakal untuk

membalut paip dalam paip sisa. Tali pakal putih ,

yang diperbuat daripada tali yang bersih,

dahulunya digunakan untuk tujuan perubatan,

seperti membalut luka.

UMUM 
SISAL

Sisal ialah nama dua tumbuhan tropika yang

mempunyai daun bak pedang yang menghasilkan

serat yang berharga. Tumbuhan ini, henequen dan

sisalana, menghasilkan serat yang sepanjangnya 50

sentimeter hingga 130 sentimeter, yang digunakan

terutamanya untuk membuat tali pintal. Sisalana

menghasilkan serat yang lebih kuat daripada

henequen. Henequen ditanam di Cuba, El Salvador,

dan Mexico, sementara sisalana ditanam di timur

Afrika, Brazil, Haiti, dan Jawa. Sisal juga dikenal

sebagai hem sisal.

UMUM 
DAMASK

Damask ialah sejenis gentian fabrik yang teguh,

berkilat, yang boleh ditenun daripada sebarang

serat. Bentuk jalinannya yang rata boleh dilihat

pada kedua-dua belah fabrik ini. Damask asalnya

ialah serat sutera asli yang dihasilkan di China.

Para pedagang memperkenalkan fabrik ini ke

Eropah melalui Damascus, Syria.

UMUM 
1234

Kembali ke atas