Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.tus] | سراتوس

Definisi : satu ratus (100); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.tus] | سراتوس

Definisi : satu ratus; 100. ~ peratus a. 100%. b. semuanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ra.tus] | سراتوس

Definisi : bilangan yg banyaknya sepuluh kali sepuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seratus

Puisi
 

Tekukur terbang seratus,
     Turun ke tanah mematuk padi;
Adik kuukur serta kupirus,
     Jangan adik berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Tekukur terbang seratus, Hinggap mari di kayu jati; Sudah kuukur serta kupirus, Jangan si malai berjauh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tekukur terbang seratus, Turun ke tanah mematuk padi; Adik kuukur serta kupirus, Jangan adik berjauh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura gudang seratus, Hisis mari kain pelikat; Kalau cik abang menjadi putus, Nyawa di badan jadi pengikat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sekali adik merambah, Seratus batangnya rebah; Sekali adik bersumpah, Seratus kali abang sembah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tali kail panjang seratus, Saya nak mengail ikan parang; Hendak meniti jambatan putus, Hendak menyeberang buaya garang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Burung merpati terbang seratus, Hinggap mari di pohon nanas; Hendak meniti jambatan putus, Hendak berenang buaya ganas.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung tekukur terbang seratus, Hinggapnya mari di kayu jati; Diukur serta dipirus, Kandaku jangan berjauh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu belah pecah seratus, Pecah ditimpa kayu berangan; Demi Allah setelah kutulus, Sebelum berjanji lepas di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak pipit terbang seratus, Mari hinggap di tapak tangan; Tak sedar kainku putus, Tuan tak kulepas kepada tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas