Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.bu] | سربو

Definisi : ; menyerbu 1. (datang, pergi) melanggar (menyerang): tentera Jepun sudah mulai ~ Siam; 2. masuk (datang, pergi) beramai-ramai dgn meluru: selesai sahaja imam memberi salam, anak-anak ~ keluar; 3. merempuh, meluru: seorang laki-laki yg besar badannya ~ ke dlm kamar kerjanya; menyerbui menyerbu ke, menyerang; menyerbukan menyebabkan (menjadikan) menyerbu: pasukan itu diserbukan ke tempat-tempat yg tidak kuat pertahanannya; ~ diri menghamburkan (menceburkan, melurukan) diri kpd atau ke dlm; serbuan hasil menyerbu, serangan: dia dapat melepaskan diri drpd ~ polis; penyerbuan perbuatan menyerbu, penye­rangan: ~ itu, apabila sampai ke dlm istana, sudah tidak dapat dikawal lagi; penyerbu orang (pihak) yg menyerbu, penye-rang: aku berharap ~-~ itu mempunyai rasa kasihan kpd seorang bayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.bu] | سربو

Definisi : ; menyerbu 1 masuk atau datang melanggar; pergi atau datang menye­rang: Ceritakan bagaimana ke­beranian askar-askar Raja Haji ~ pasukan tentera Belanda di Teluk Ketapang. 2 datang (pergi) beramai-ramai utk mendapatkan sesuatu atau utk me­ngerumuni seseorang: Penduduk yg kelaparan itu ~ makanan yg disediakan. Artis kesukaan ramai itu diserbu peminat. 3 datang kpd atau masuk ke sesuatu tempat beramai-ramai; masuk atau pergi beramai-ramai dgn meluru: Mereka ~ ke padang bola sambil bersorak-sorak. menyerbukan menggerakkan dll supaya menyerbu; melurukan: Ketiga-tiga hulubalang itu telah ~ pasukan masing-ma­sing ke dlm barisan pertahanan Belanda. serbuan serangan secara menyerbu; hasil menyerbu: ~ musuh itu telah dpt dipatahkan. ~ perangkap serbuan yg dilakukan se­telah memerangkap terlebih dahulu. penyerbuan perbuatan atau hal menyerbu. penyerbu orang yg me­nyerbu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serbu
Kata Terbitan : menyerbu, serbuan, penyerbuan, penyerbu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
immediate assualtserbu serta-mertaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
union raidingserbu kesatuanPentadbiranTiadaAmalan kesatuan memujuk ahli kesatuan lain menyertai mereka.
driving attackserang serbu (Polo Air)SukanTiadaTiada
uninvaded zonezon tak serbuKejuruteraanTiadaBahagian formasi di sekitar lubang gerudi yang tidak dimasuki turasan lumpur gerudi.
up-and-undertinggi dan serbuPendidikanTiadaTiada

Kembali ke atas