Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.bu/] | سربوق

Definisi : benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila di­nyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (me­numbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengena­kan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.bu/] | سربوق

Definisi : benda (spt kopi, teh) yg berbutir-butir halus atau lumat: ~ gergaji; ~ kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serbuk (kata nama)
Bersinonim dengan abu, debu, tepung, bubuk, serdak, habuk, puyer.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
serbukpowderBahan yang berbutir halus. Contohnya, serbuk kopi dan tepung. Lihat RajahSekolah Rendah
kaolinkaolinSerbuk aluminium silikat yang berwarna putih dan tidak larut dalam air atau asid mineral cair. Kaolin digunakan untuk membuat lepa, simen, baja, racun serangga, dan barang seramik seperti porselin. Ia juga dikenali sebagai tanah liat Cina.Menengah Atas
tepung gandumwheat flourSerbuk putih halus yang diperoleh daripada kisaran bijirin gandum dan digunakan untuk membuat kek, roti dan kuih-muih yang lain.Sekolah Rendah
butir debungapollen grainsSerbuk halus yang dihasilkan dalam anter. Ia mengandungi gamet jantan dalam tumbuhan berbiji.Menengah Atas
tepung ubi kayutapioca flourSerbuk putih halus yang diperoleh daripada kisaran ubi kayu.Sekolah Rendah
garamsaltBahan pepejal atau serbuk yang berwarna putih dan berasa masin. Garam diperoleh daripada air laut atau dari dalam tanah.Sekolah Rendah
pahitbitterRasa seperti peria atau serbuk kopi.Sekolah Rendah
kalsium klorida kontanganhydrous calcium chlorideSerbuk berwarna putih yang menyerap wap air. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas