Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.bu/] | سربوق

Definisi : benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila di­nyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (me­numbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengena­kan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.bu/] | سربوق

Definisi : benda (spt kopi, teh) yg berbutir-butir halus atau lumat: ~ gergaji; ~ kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serbuk (kata nama)
Bersinonim dengan abu, debu, tepung, bubuk, serdak, habuk, puyer.,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
goa powderserbuk goa; serbuk Andiraserbuk goa; serbuk Andiraserbuk goa; serbuk AndiraFarmasi
powderserbukserbukserbukPerubatan
carborundum powderserbuk karborundumserbuk karborundumserbuk karborundumPertanian
instant powderserbuk instanserbuk segeraserbuk segeraKimia
aluminium powderserbuk aluminiumserbuk aluminiumserbuk aluminiumKimia
stone dustserbuk batuserbuk batuserbuk batuPertanian
bleaching powderserbuk pelunturserbuk pelunturserbuk pelunturPerikanan
cohesionless powderserbuk tak melekatserbuk tak menjeleketserbuk tak menjeleketKejuruteraan
powder clutchkopling serbukcekam serbukcekam serbukKejuruteraan
powder clutchkopling serbukcekam serbukcekam serbukKejuruteraan
1234

Kembali ke atas