Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.bu/] | سربوق

Definisi : benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila di­nyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (me­numbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengena­kan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.bu/] | سربوق

Definisi : benda (spt kopi, teh) yg berbutir-butir halus atau lumat: ~ gergaji; ~ kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serbuk (kata nama)
Bersinonim dengan abu, debu, tepung, bubuk, serdak, habuk, puyer.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal powderserbuk herbaHerbaTiadaBahan herba dalam bentuk partikel halus. Serbuk ini diperoleh melalui proses pengisaran bahan herba dalam bentuk yang utuh dan telah dikeringkan. Serbuk herba digunakan dalam penghasilan kapsul dan tablet herba. Contohnya, serbuk tongkat ali dan kacip fatimah.
dry cleaning powderserbuk cucian keringKesenianHiasan DalamanSerbuk putih yang ditabur dan digosok pada permukaan kertas surih atau velum. Serbuk ini digunakan untuk menghapuskan kesan minyak bagi memudahkan kerja melukis yang menggunakan pen teknikal atau pensel supaya garisan lukisan menjadi lebih berkualiti.
powder flowabilityketeraliran serbukFarmasiFarmaseutikCiri yang menunjukkan kebolehan sesuatu serbuk mengalir dengan bebas. Contohnya boleh diukur dengan merujuk sudut diam yang terbentuk apabila serbuk dituang ke atas satu permukaan.
powder patternpola serbukFizikModen1 Pola garis pada filem atau kertas yang dibentuk dengan kaedah belauan serbuk oleh sinar-X. 2 Pola yang dibentuk oleh zarah koloid atau serbuk sangat halus yang terserak di permukaan bahan magnet. Pola ini menunjukkan domain magnet di dalam hablur tunggal bahan tersebut.
bulk densityketumpatan pukalFarmasiFarmaseutikCiri sesuatu serbuk yang ditakrif berdasarkan jisim serbuk yang mengisi suatu isi padu yang telah diketahui. Ketumpatan dikira dengan mengambil berat sampel dibahagikan dengan isi padu serbuk yang tidak ditepuk. Ciri ini penting dalam proses pengeluaran tablet.
archingpelengkunganKejuruteraanKejuruteraan KimiaMasalah utama dalam penyimpanan serbuk menjeleket di dalam bin, corong tuang, dan silo apabila serbuk di bahagian bawah tangki penyimpanan membentuk satu lapisan termampat yang berbentuk kubah yang menghalang pengaliran keluar serbuk.
powder diffraction camerakamera belauan serbukFizikModenKamera yang terdiri daripada silinder logam yang mempunyai tingkap tempat alur sinar-X yang diketahui panjang gelombangnya dipancarkan untuk menghentam sampel serbuk halus yang diletakkan di pusat silinder. Satah hablur serbuk ini akan membelaukan alur sinar-X pada pelbagai sudut dan direkodkan pada filem fotografik di dalam silinder tersebut. Kamera ini digunakan untuk mengkaji struktur hablur.
instantizationpenyegeraanMakanan dan PemakananTeknologi MakananTeknik yang digunakan untuk makanan serbuk yang telah dikeringkan terutama bagi makanan berlemak tinggi seperti susu serbuk supaya keupayaan untuk membasah, tenggelam, diserak dan dilarutkan boleh dilakukan segera. Dalam teknik ini, serbuk makanan didedahkan kepada stim supaya setiap zarah membentuk agregat beraliran bebas yang mempunyai sedikit titik sentuhan. Apabila dibasahkan semula, permukaan setiap zarah hasil mudah dibasahkan dan tenggelam untuk menyerak segera.
dusting powderserbuk sabun; bedak sabun (bayi), serbuk pendebuanKimiaTiadaTiada
bleaching powderserbuk pelunturPerubatanTiadaSerbuk putih dengan bau klorin, yang terdiri daripada kalsium hidroksida terklorin, dan digunakan sebagai agen pelunturan dan penyahjangkit.
12345678910...

Kembali ke atas