Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ren.ta/] | سرنتق

Definisi : pd waktu yg sama (melakukan sesuatu dll), bersama-sama, serempak: lima orang anak kita boleh dihantar ~ ke sekolah tinggi; menyerentakkan menyebabkan berlaku atau berjalan serentak; keserentakan perihal (keadaan) serentak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ren.ta/] | سرنتق

Definisi : bersama-sama (me­lakukan sesuatu), sekali gus, serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketiba­an pasukan tentera tambahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ren.ta/] | سرنتق

Definisi : pd ketika yg sama berlakunya sesuatu dll; serempak: Mereka ~ meninggalkan pekerjaan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ren.ta/] | سرنتق

Definisi : bersama-sama melakukan sesuatu (spt ketika menjawab, berteriak); serempak: Murid-murid itu menjawab ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serentak (adverba)
Bersinonim dengan pada masa yang sama, serempak, sekali gus, sekali jalan, sederap, gerpak.,
Kata Terbitan : serentak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "paling" dan "sekali" digunakan serentak, seperti : paling cantik sekali ??Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Frasa paling cantik sekali tidak boleh digunakan secara serentak.

Binaan darjah penghabisan boleh menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas "amat", "sangat" atau "sungguh" yang hadir sebelum kata adjektif.
Tatabahasa16.07.2013
Ayat "Serentak itu dia terus bangun dari duduknya." Penggunaan yang betul adalah dari atau daripada duduknyaAyat yang betul ialah "Serentak itu dia terus bangun daripada duduknya."Tatabahasa31.03.2014
bagaimana hendak menentukan kata penguat yang boleh digunakan serentak? contohnya, adakah betul a. AMAT CANTIK SEKALI. b. CANTIK SEKALI. DLLCara penggunaan darjah penghabisan serentak adalah seperti yang berikut : amat cantik sekali, sungguh cantik sekali, sangat cantik sekali. Binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali sebab binaan ter-, paling dan sekali masing-masing sudah membawa maksud darjah penghabisan. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 246.   Tatabahasa13.03.2008
Adakah perkataan 'kawasan' dan 'tempat' boleh digunakan serentak? Sebagai contoh: Ali membersihkan kawasan tempat mereka berkelah.Merujuk contoh yang diberikan, kawasan dan tempat tidak boleh digunakan secara serentak kerana timbul unsur lewah dalam ayat.Tatabahasa27.10.2015
Tuan, Kata sendi seperti demi untuk, dan kata hubung jika sekiranya memang tidak boleh digunakan serentak. Soalan saya bolehkah kita menggunakan kata sendirti 'hingga ke' atau 'hingga kepada' secara serentak untuk tujuan penegasan? Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Ali masih belum bertaubat hingga ke hari ini. Nasib malangnya berlanjutkan hingga kepada anak isterinya. Sekian, terima kasih. Chan Soon AunPengguna kata sendi nama "hingga ke" berbentuk lewah dan tidak boleh hadir secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja.  Sila ruku buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 267 dan 284 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa08.07.2010
Adakah perkataan 'pun' dan 'juga' boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat? Contohnya: Saya dan dia pun layak juga.Salam sejahtera,

Perkataan pun dan juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, perkataan ini tidak boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat kerana akan berlakunya pengulangan maksud. 

Sekian, terima kasih.
Pengembangan20.01.2020
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan tanda baca. Bolehkah tanda soal (?) dan tanda seru (!) ditulis secara serentak. Contohnya, "Kamu mahu saya buat macam mana lagi?!"

Tanda tanya(?) dan tanda seru (!) tidak boleh digunakan serentak. Tanda tanya digunakan pada akhir kalimat tanya. Misalnya: Bilakah dia berangkat?

Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau penyataan yang berupa seruan, perintah yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Misalnya:

Alangkah seramnya peristiwa itu!

Tatabahasa26.02.2014
bolehkah perkataan sekali dengan paling berada dalam satu ayat?Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Frasa paling cantiksekali tidak boleh digunakan secara serentakLain-lain18.08.2017
Sungguh...sekali, amat...sekali, sangat...sekali, paling...sekali bolehkah digunakan bersama-sama.terima kasih.Kata penguat “amat”, “sangat”,sungguh”, dan “begitu” semuanya boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Kata penguat yang tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali" ialah "paling" dan "ter " sahaja.Tatabahasa09.08.2009
(a) Adakah kata adjektif emotif (perasaan) tidak boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, misalnya amat takut sekali / sangat bimbang sekali? (b) Jika kata penguat "amat sangat" diterima, bagaimanakah pula dengan "amat sungguh", ataupun "sungguh sangat"? (c) Adakah kata hubung "jikalau" merupakan singkatan daripada "jika" dan "kalau"? Dan, bolehkah "jikalau" digunakan sebagai bahasa baku? Sekian, terima kasih.

(a) Semua kata adjektif boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, contohnya seperti yang dinyatakan dibawah..  

 i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu  

ii.  ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Namun begitu, binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.  

(b)  Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, tidak ada kata penguat "amat sangat", "amat sungguh" dan "sungguh sangat", tetapi dari segi penggunaannya adalah salah satu daripadanya dan tidak ada gabungan, contohnya amat, sungguh dan sangat. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.  

(c) Betul. Kata hubung"jikalau" merupakan kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya;  kalau. Perkataan ini terhasil singkatan daripada "jika" dan "kalau". Oleh itu, perkataan ini diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.

 


Tatabahasa25.06.2008
12345678910

Kembali ke atas