Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ring] | سريڠ

Definisi : 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), ke­kerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : Mn langsing (badan), ramping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : 1 kemas lagi keras pintalannya (bkn tali, benang dll); kemas lagi rapat tenunannya. 2 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan, kulit dll); tegang. menyering 1 memintal tali dll hingga sering. 2 menegangkan sesuatu yg dianyam dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : , = sering-sering, sering kali acap kali; kerap; selalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : ; ~ lanting nama sj burung, Rhizothera longirostris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sering

Puisi
 

Pergi ke Tanjung membeli sirih,
     Belum dapat kuning gagangnya;
Habis gudang cindai kupilih,
     Belum dapat sering benangnya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD SERING?

Saudara Puiman,

Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), ke­kerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita.

Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.

Makna12.09.2012
Sering digunakan kata ganda bagi gunung ialah gunung-ganang. Bagaimana pula dengan gunung-gemunung (imbuhan sisipan) atau gunung-gunung? Adakah ia boleh diterima?Gunung-gemunung boleh digunakan kerana ia membawa maksud banjaran gunung atau gunung yang banyak jumlahnya atau pelbagai.Istilah26.06.2015
Selamat petang. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah:

1. Mereka sering menunggang motosikal di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.
2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.
Lain-lain09.06.2023
Sering dan selalu digolongan kata tugas, oleh sebab kata tugas mengandungi pelbagai jenis kata, saya pohon tuan nyatakan 'sering dan selalu' termasuk dalam jenis kata yana mana satu. Terima karihSering dan selalu dikategorikan dalam kata bantu yang hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 258.Tatabahasa29.04.2010
Saya sering keliru dengan pengendalian perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan Bahasa Melayu terutamanya dalam surat rasmi. Sekiranya saya perlu menulis sesuatu ayat seperti contohnya 1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies) pada 1.12020. ataupun 1a. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies-italic) Mana satu ayat yang betul? Ayat kedua 2. Saya telah menjalankan audit trail (italic) pada 1.1.2020 Mohon pandangan bagaimana menulis kata nama khas dalam Bahasa Inggeris ke dalam penulisan Bahasa Melayu? Adakah perlu dikurung dan dicondongkan dalam kurungan tersebut? Atau hanya dicondongkan tanpa kurungan?Penggunaan bahasa asing yang yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. Ayat yang betul seperti contoh yang diberikan ialah
1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama pada 1.1.2020
2. Saya telah menjalankan jejak audit pada 1.1.2020

Merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama.

Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa10.07.2020
Saya sering menemukan istilah peknga dalam internet yang merujuk kepada lempeng kelapa (nyiur) yang dikatakan berasal daripada dialek utara. Adakah DBP merakam istilah peknga dalam pangkalan datanya dan jika ada, apakah takrif yang telah diberikan? Jika tiada, adakah istilah tersebut akan dipertimbangkan kemasukannya dalam Kamus Dewan?Hasil carian kami, perkataan peknga merupakan nama sejenis kuih dalam dialek utara. Dalam penggunaan rasmi, perkataan yang sesuai digunakan ialah lempeng kelapa.Lain-lain05.07.2018
Saya sering terjumpa perkataan ini ketika membaca. "It will add a nice kick to the curry." "The chili will add some kick to the tequila." Bagaimana hendak menterjemahkan perkataan "kick" dalam bahasa Malaysia?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "kick' ialah lebih sedap atau lebih lazat.
Contohnya:
Cili  akan menjadikan "tequila" lebih sedap.
Bahan tersebut akan menjadikan kari lebih lazat.
Istilah12.10.2016
Saya sering melihat terdapat pertanyaan mengenai ayat yang gramatis dan tidak gramatis dalam ruangan Khidmat Nasihat (disertakan lampiran sebagai contoh). Soalan saya: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat tidak gramatis dan ayat kurang gramatis? 2. Adakah ayat yang tidak gramatis dan kurang gramatis adalah salah dan langsung tidak boleh digunakan ATAU ayat tersebut adalah kurang tepat tetapi masih boleh digunakan terutamanya dalam konteks yang formal (seperti dalam penulisan).Frasa yang betul ialah ayat gramatis dan ayat tidak gramatis. Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Ayat tidak gramatis ialah ayat yang tidak mengikut hukum tatabahasa dan dianggap ayat yang tidak betul dalam konteks penggunaan rasmi.Tatabahasa20.07.2016
Saya sering mengalami masalah "runtime error" di laman web ini kebelakangan ini. Sebaik menekan butang "cari"pada PRPM, muncul mesej runtime error. Mohon nasihat untuk mengatasi isu ini. Terima kasih.Aduan tuan kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan yang seterusnya. Semoga kesulitan yang dihadapi ini dapat diatasi dengan kadar yang segera.Lain-lain20.04.2015
Kenapa sering kali bahagian rujukan kamus memberi kedua-dua jawapan yg kita musykilkan contoh stoking edisi 4 dan kamus plajar edisi 2 betul, stokin pun betul .....boleh keliru. Jadi bagaimana kita harus merujukdan buat pilihan.t.kasihBerkemungkinan berlaku kesilapan semasa proses pemindahan data dari salinan keras kepada salinan lembut. Jika tuan berhadapan dengan kes seumpama ini, pertamanya, ambil data daripada Kamus Pelajar; dan jika tiada, ambil data yang paling banyak kerana yang sedikit itu kita anggap sebagai data yang kurang tepat. Contohnya, Kamus Pelajar merakamkan ejaan stoking dan jika dilihat kebanyakan data ialah stoking, amat sedikit data tentang stokin.Ejaan11.04.2015
12345678910...

Kembali ke atas