Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rius] | سيريوس

Definisi : (sérius) 1. sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main: ini suatu usaha yg murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara ~; dia termenung seolah-olah berfikir dgn ~; kita hendaklah bekerja dgn ~; 2. genting, berat, dan parah kesannya: keruntuhan moral merupakan satu perkara yg ~ yg perlu diatasi; 3. (bkn penyakit, dsb) tenat, berat, teruk, parah: penyakit kansernya semakin ~; keseriusan keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rius] | سيريوس

Definisi : 1 sungguh-sungguh; tekun dan tidak olok-olok: pekerja yg ~. 2 amat memerlukan perhatian (kerana mungkin berbahaya dsb): Penyakit kelapa sawit yg ~ ialah penyakit reput pd bahagian batang yg disebabkan oleh cendawan. keseriusan keadaan atau sifat serius: Dia dibantu memandangkan ~nya ingin melanjutkan pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serius
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan benar-benar
( betul-betul, sungguh-sungguh, sangat-sangat, tidak main-main, yakin, pasti benar, tidak syak lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan main-main

2. Bersinonim dengan genting
( berat, genting, tegang, mustahak, penting, berbahaya, )
(adjektif:)

3. Rujuk tenat 2



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
horror storycerita seramKesusasteraanTiadaCerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria.
serious foul playfaul berat (P.JAS, DIDIK), faul seriusSukanTiadaTiada
tragedytragediKesusasteraanTiadaBentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-533 Sebelum Masihi. Tiga penulis tragedi yang masyhur pada zaman Yunani ialah Aeschylus, Sophocles, dan Euripides. Drama tragedi berkembang selepas zaman Yunani. Selain Aristotle, Seneca pada zaman Romawi juga merupakan tokoh penting dalam perkembangan tragedi. Bentuk tragedi Seneca mempengaruhi perkembangan tragedi pada zaman Elizabenthan. Justeru, situasi ini mencetuskan dua aliran, iaitu tragedi intelektual yang meniru model Seneca yang menggunakan korus dan kesatuan (aksi, masa, dan tempat), dan tragedi yang ditulis untuk orang ramai, dikenali sebagai tragedi balas dendam. Contohnya drama Hamlet, Macbeth, dan Othello oleh Shakespeare, dan drama the Jew of Malta oleh Christopher Marlowe. Contoh tragedi zaman moden ditemui dalam Death of a Salesman oleh Arthur Miller, dan Mourning Becomes Electra oleh Arthur Miller, dan Mourning Becames Electra oleh Eugene O�Neill. Lihat juga ditiramb, katarsis, kesatuan.
problem playlakon masalahKesusasteraanTiadaDrama serius yang menggambarkan permasalahan dalam kehidupan manusia.
blastkarahBiologiPatologiPenyakit yang paling serius pada padi diseluruh dunia, termasuk Malaysia yang disebabkan oleh Pyricularia oryzae. Gejala utamanya ialah belur perang gelap tak sekata pada daun, upih dan batang. Serangan yang parah menyebabkan pembusukan buku hingga tidak mengeluarkan hasil.
felonyjenayah beratKriminologiKeadilan JenayahKesalahan serius yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh minimum tidak kurang daripada satu tahun. Pengelasan jenayah ini dibuat mengikut undang-undang yang terpakai di sesebuah negara. Contohnya, kesalahan membunuh, percubaan untuk membunuh, pengubahan wang haram dan rompakan. Sinonim feloni.
burlesqueburleskKesusasteraanTiadaKomposisi tentang subjek serius yang disampaikan dalam bentuk lucu atau sindiran.
formal essayesei formalKesusasteraanTiadaEsei yang serius, bermutu dan tersusun secara logis yang ditulis untuk memberikan penerangan bagi meyakinkan pembaca tentang sesuatu perkara atau persoalan.
graveterukPerubatanTiada1. Teruk: Keadaan yang serius atau parah.
tragedytragediKesusasteraanTiadaDrama yang memaparkan aksi serius yang mengakibatkan kejatuhan dan nasib malang watak protagonisnya.
12345678910...

Kembali ke atas