Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rom.bong] | سرومبوڠ

Definisi : 1. benda spt corong yg kembang ke hujung dan disambungkan pd hujung serunai (alat pembesar suara dll); 2. = ~ asap corong yg menyalurkan asap pd kapal (dapur, lampu, dll), cerobong, semperung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rom.bong] | سرومبوڠ

Definisi : 1 alat spt tabung yg kembang ke hujung dan disambungkan pd hujung serunai dll; corong. 2 = ~ asap corong pd kapal dll utk menyalurkan asap ke luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serombong (kata nama)
Bersinonim dengan cerobong, semperung.,

Puisi
 

Kapal belayar menyusur bukit,
     Satu kapal dua serombong;
Bagaimana hati tak sakit,
     Satu sangkar dua burung.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAS SEROMBONGGas yang dihasilkan daripada proses pembakaran sesuatu bahan api termasuk nitrogen daripada udara dan oksigen dariapada udara lebihan yang dibekalkan tetapi tidak termasuk air.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
FENOMENON PENGANGKUTANMekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
STIM

Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas.

Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada

100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak

berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering

kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan

pada gas putih yang keluar daripada serombong

kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia

terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk

semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim

pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih

dikenali sebagai stim panas lampau.

UMUM 

Kembali ke atas