Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rum.pun] | سرومڤون

Definisi : 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rum.pun] | سرومڤون

Definisi : 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serumpun

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
panduk-panduk Bj Smtempat berteduh, khemah.Cikgu Jamrah. Dia memilih seorang ustazah dari Kuala Lumpur, jelas orang itu lagi. "Baguslah itu. Eratlah hubungan mesra bangsa serumpun," kata Pak Hilun. Ia berjalan menuju ke arah orang ramai di sebuah panduk-panduk.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas