Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rum.pun] | سرومڤون

Definisi : 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rum.pun] | سرومڤون

Definisi : 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serumpun

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
SerumpunA. Aziz DeramanMingguan Malaysia03.04.2005
Kongres serumpun sebudayaLuqman Hakim Quek AbdullahMingguan Malaysia11.11.2007
Selangit Serumpun SebudayaS. Amin HassanMingguan Watan29.10.1995
Hubungan Serumpun Indonesia - Malaysia perlu dieratkanTiadaBerita Harian14.12.1983
Dua Serumpun Satu JiwaZafiah BahauUtusan Melayu07.02.1997
Kasih serumpunAdiputraMingguan Watan16.03.1997
Mekar serumpunAzmi IbrahimBacaria01.12.1985
Saudara serumpun yang berbicara sebagai dua manusia asingYahaya IsmailBerita Minggu30.12.1973
Bahasa serumpun digunakan perkaya bahasa Malaysia - BujangTiadaUtusan Malaysia26.10.1984
Bahtera SerumpunShamsul Idzman JamilBerita Minggu28.11.2004
1234

Kembali ke atas