Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rum.pun] | سرومڤون

Definisi : 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rum.pun] | سرومڤون

Definisi : 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serumpun

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Serangkap bak lembing, serumpun bak serai.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sekebat bagai sirih, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekebat bagai sirih.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serumpun bagai serai, selubang (= seliang) bagai tebu.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menebas buluh serumpun (= seperdu).Merosakkan nama kaum kerabat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebas buluh serumpun.Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah.Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan. rambah = membabat, menebangi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun.Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas