Serangkap bak lembing, serumpun bak serai. | Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai. | Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. | Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sekebat bagai sirih, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekebat bagai sirih. | Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Serumpun bagai serai, selubang (= seliang) bagai tebu. | Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menebas buluh serumpun (= seperdu). | Merosakkan nama kaum kerabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tebas buluh serumpun. | Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah. | Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan. rambah = membabat, menebangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun. | Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |