Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rum.pun] | سرومڤون

Definisi : 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rum.pun] | سرومڤون

Definisi : 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serumpun

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
package dealtawaran serumpunPentadbiranTiadaTiada
cognate tRNAtRNA serumpunBiologiGenetikSekumpulan tRNA yang dikenali oleh enzim aminoasil tRNA sintetase.
bill of typehuruf serumpunKomunikasiTiadaTiada
closer user groupkumpulan pengguna serumpunKomunikasiTiadaTiada
cendawancendawanKesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk serumpun cendawan.
annexationpenggabungan paksaSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan sesebuah negara untuk menggabungkan sesuatu daerah atau wilayah negara lain atau wilayah tanpa tuan sebagai wilayah negaranya. Dalam konteks hubungan antarabangsa, tindakan penggabungan haruslah berlaku secara formal dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Tindakan penggabungan ini biasanya dibuat berasaskan alasan pertalian persaudaraan serumpun, sejarah perhubungan politik, kebudayaan, kedudukan yang strategik dan kepentingan ekonomi. Contohnya, penggabungan beberapa wilayah Jerman oleh Belanda selepas tamatnya Perang Dunia Kedua (1939 - 1945). Sinonim pemilikan paksa.

Kembali ke atas