Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ru.nai] | سروناي

Definisi : sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (diper­buat drpd kayu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru.nai] | سروناي

Definisi : ; ~ laut = pokok ~ sj tumbuhan (herba), bunga butang, seremai, Wedelia bi­flora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru.nai] | سروناي

Definisi : sj alat bunyi-bunyian yg ditiup yg dibuat drpd kayu dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serunai

Puisi
 

Ketuk gendang tiup serunai,
     Raja berarak dari seberang;
Putih mata burung punai,
     Ara masak ditunggu helang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
serunaiserunaiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid. Serunai berasal dari Timur Tengah dan mempunyai kaitan dengan alat muzik surnay. Alat muzik ini dibawa ke Malaysia oleh pedagang Arab. Badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Alat muzik ini ditiup pada pangkal dengan nafas yang berterusan untuk menghasilkan melodi dalam lagu. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, serunai terdapat dalam pelbagai saiz, iaitu saiz besar yang dikenali sebagai serunai ibu, sementara serunai saiz kecil dikenali sebagai serunai anak. Di pantai barat Semenan­jung pula, serunainya agak pendek sedikit dan mempunyai bahagian loceng yang diperbuat daripada logam. Serunai menghasilkan melodi berbunga dalam lagu wayang kulit Kelantan, gendang silat, main puteri, nobat, gendang tarinai dan mekmulung.

serunai (Mal)serunaiKesenianTiadaAlat tiup lazimnya daripada kayu yang berpipit daripada dedaun.
serunai pemetong (Mal)serunai pemetongKesenianTiadaAlat tiup berpipit yang digunakan dalam wayang kulit gedek di Kedah.
serunai padi (Mal)serunai padiKesenianTiadaAlat tiup daripada batang padi yang berlelidah daripada batang padi.
batang serunai (Mal)batang serunaiKesenianTiadaBahagian seruling antara menali dan kecopong. Di bahagian atasnya terdiri daripada beberapa lubang petik manakala di bahagian bawahnya terdapat satu lubang petik.
kecopong (Mal)kecopongKesenianTiadaBahagian serunai selepas batang serunai berbentuk mengembang.
menali (Mal)menaliKesenianTiadaBahagian serunai di antara pipit dan batang serunai diperbuat daripada logam yang berpipa.
nali (Mal)naliKesenianTiadaBahagian serunai di antara pipit dan batang serunai diperbuat daripada logam yang berpipa. [Sinonim dengan istilah menali].
blowhorn stakepancang serunaiKesenianTiadaAlat kecil yang berfungsi seperti andas dan mempunyai hujung yang berbentuk seperti serunai.
Wedelia bifloraserunai lautHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan renek yang bercabang dalam famili Asteraceae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan paya bakau, muara sungai dan kawasan berpasir tepi laut. Daunnya jenis ringkas berbentuk bujur telur dan tepinya bergerigi kecil. Bunganya kecil berwarna kuning, banyak dan tersusun padat pada jambak yang berbentuk tongkol. Bijinya mempunyai gabus, menyebabkannya boleh terapung di dalam air. Daun yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk merawat kulit yang terkena selaran matahari, bisul, bengkak, luka, sakit gigi dan gusi, melawaskan kencing, penyakit kelamin dan sembelit serta digunakan sebagai herba untuk ibu selepas bersalin.
12345

Kembali ke atas