Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Bukan mudah bunga engkodok,
     Bunga serupa dengan daun;
Bukan mudah adik kehendak,
     Hilanglah hilang berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kapuk segaul dengan kapas,
     bezanya takkan lepas.

Bermaksud :

Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah peribahasa yang mendukung erti yang serupa dengan pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain"? Terima kasih

Puan,

Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan ini puan perlu merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu atau buku lain yang berkaitan yang ada di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat puan.  

Lain-lain11.08.2010
Adakah DBP menerima ejaan Idul Fitri dan Idulfitri yang dikatakan serupa dengan sebutan asal bahasa Arab? (Soalan sebelumnya terputus.)Ejaan yang betul ialah Aidilfitri.Ejaan22.08.2011
Kemasukan peribahasa “Degar-degar merapati”, halaman 61 Kamus Istimewa Peribahasa Melayu serupa dengan “degar-degar merpati” dari Kamus Besar Bahasa Indonesia yang membawa maksud “perselisihan antara suami isteri. Apakah ejaan yang betul, *merapati” atau *merpati? Kata *bertagar dimaksudkan juga *berdegar-degar yang dikaitkan denganyi *bunyi seperti guruh. Bagaimanakah *bunyian itu *merapati?1. Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ejaan yang digunakan ialah “merapati”. 
2. Untuk soalan yang kedua, soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon nyatakan pertanyaan dengan lengkap dan jelas. 

Ejaan06.01.2023
apakah maksud komulatif. Dlm kamus dbp edisi ke 4 tiada tp perkataan trsebut sering didengar dan disebut terutama dlm matematik. Mungkin salah ejaan yg saya rujuk ataupun ada ejaan lain atau perkataan yg hampir serupa dengan perkataan komulatif. harap dapat bantu. Tk.Ejaan yang betul ialah kumulatif, iaitu bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dan sebagainya) kerana pertam­bahan (hasil pertambahan yang berulang kali) atau disebut juga sebagai longgokan atau terkumpul.Makna14.04.2010
Salam sejahtera. Saya hendak bertanya apakah ada ciri-ciri tertentu dalam pertuturan orang biasa dalam Bahasa Melayu Klasik yang membezakannya daripada Bahasa Melayu masa kini. Adakah bahasa yang digunakan dalam karya-karya Melayu awal seperti Sulalatus Salatin serupa dengan bahasa pertuturan orang biasa pada zaman tersebut? Dan bolehkah orang Melayu biasa dari abad ke-15 faham pertuturan orang Melayu zaman kini, dan sebaliknya? Terima kasih.

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap, iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Susur Galur bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Tatabahasa Dewan Edisi Keempat oleh Nik Safiah Karim et. al; Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar; Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III (Edisi Baharu) oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); Ilmu Mengarang Melayu oleh Za'ba; Kitab Ilmu Bahasa Melayu oleh Za'ba, dan sebagainya. Tuan/puan juga boleh merujuk buku-buku dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu seperti Gaya Bahasa Sastera Melayu oleh Umar Junus; Inskripsi Melayu Sriwijaya oleh G. Coedes (disunting dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar), serta buku-buku sastera lama seperti Sulalat  Al Salatin, Sejarah Melayu, buku-buku hikayat dan lain-lain. Semua buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan rujukan lain mungkin boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Lain-lain27.10.2018
Salam. Apakah tanda kata yang digunakan dalam tulisan Jawi? Khususnya bagi tanda kata Rumi ; dan ,. Saya melihat beberapa sumber termasuk Utusan Melayu menggunakan ⁏ dan ⹁ bagi koma bertindih dan koma, iaitu bentuk serupa dengan Rumi namun diterbalikkan. Namun terdapat juga sumber yang menggunakan tanda kata Arab iaitu ؛ dan ،. Adakah simbol-simbol seperti & boleh diterima pakai dalam tulisan Jawi? Dan adakah simbol RM bagi maksud Ringgit Malaysia dikekalkan sebegitu dalam tulisan Jawi, atau boleh digantikan dengan "ر.م." atau "رم"? Terima kasih.Penggunaan tanda baca dalam teks Jawi sama seperti teks Rumi dan diterbalikkan seperti yang diamalkan oleh Utusan Melayu kerana Rumi dan Jawi ialah teks bahasa Melayu hanya berbeza pada jenis tulisan. Dalam teks Jawi penulisan mata wang dikekalkan, contoh RM10.Lain-lain09.12.2021
ADEKUASI : ADEQUACY Mohon nasihat DBP adakah sesuai penggunaan perkataan di atas untuk digunakan dalam ekonomi? Saya agak keliru apabila menggunakan kecukupan : adequacy, memandangkan ianya (kecukupan) agak terlalu luas dan mengelirukan, terutama dengan penggunaan istilah financial adequacy = kecukupan kewangan. Serupa dengan penggunaan literasi bagi literacy, dan sesuai digunakan untuk financial literacy berbanding kecelikan kewangan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih.Untuk makluman, "adekuasi" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah bahasa Melayu untuk "adequacy" ialah kecukupan (kecukupan kewangan). Untuk istilah "literacy", kedua-dua istilah bahasa Melayu, iaitu literasi dan kecelikan boleh digunakan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kecelikan kewangan atau literasi kewangan.Istilah09.08.2016
Salam. Frasa manakah yang betul: "Kebaikan sukan kepada negara", "Kebaikan sukan terhadap negara". Pada pendapat saya, "Kebaikan sukan terhadap negara" betul kerana "negara" menjadi penyambut "kebaikan sukan". Contoh lain yang diberikan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ialah frasa "Kasih sayang Mariam terhadap ibu bapanya" yang serupa dengan frasa "Kebaikan sukan terhadap negara". "Kebaikan sukan kepada negara" salah kerana "kepada" patut didahului oleh kata kerja. Adakah analisis ini betul? Terima kasih.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul. Kata sendi nama “terhadap” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Kata sendi “kepada” pula ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

Tatabahasa27.01.2022
Perkataan "mengenai" tergolong dalam kata apa? Cth ayat: 1.Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Datuk bercerita mengenai kehidupannya semasa kecil.Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut:
1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.
Tatabahasa19.10.2012
Salam sejahtera, Adakah DBP ada menerbitkan suatu karya yang mengandungi senarai kosa kata bahasa Melayu berserta etimologinya? Hal ini untuk mengetahui asal usul pembentukan suatu perkataan bahasa Melayu piawai (tulisan rumi) yang digunakan sekarang, serta untuk mengetahui kata serupa cognates dalam bahasa-bahasa lain.
Salam sejahtera,

Setakat ini masih belum ada buku tentang senarai kosa kata bahasa Melayu berserta etimologinya diterbitkan oleh DBP. Sila rujuk kamus bahasa asing yang lain untuk mengetahui kata yang serupa dengan kata "cognates" dalam bahasa-bahasa lain.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah die-melkan kepada: Puan Normala binti Mohamad Yusof melalui alamat e-mel: normala@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain20.11.2020
1234567

Kembali ke atas