Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Bukan mudah bunga engkodok,
     Bunga serupa dengan daun;
Bukan mudah adik kehendak,
     Hilanglah hilang berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kapuk segaul dengan kapas,
     bezanya takkan lepas.

Bermaksud :

Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJangan mudah bunga sudah, Bunga serupa dengan daun; Jangan mati kehendak mudah, Hilang bulan berganti tahun.
Kurik Kundi Merah SagaBukan mudah bunga engkodok, Bunga serupa dengan daun; Bukan mudah adik kehendak, Hilanglah hilang berganti tahun.
Kurik Kundi Merah SagaAnak yu dua serupa, Yu berjumpa dengan sembilang; Janji dulu adik tak lupa, Tunggulah sampai adik pulang.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Melayu dua serupa, Turun sekawan waktu pagi; Dari seorang baik berdua, Boleh juga bersuka hati.
Kurik Kundi Merah SagaBerjumpa gajah dua serupa, Gajah kecil mati terkepung; Banyaknya lebih daripada adinda, Keningnya lentik bagai berladung.
Kurik Kundi Merah SagaIkan selangat dua serupa, Yang satu ikan selayang; Adik kasih abang tak lupa, Sama-sama berkasih sayang.
Kurik Kundi Merah SagaBukit lagi bintang berkarang, Anak yu dua serupa; Adik pergi abang tak larang, Janji dahulu janganlah lupa.
Kurik Kundi Merah SagaLari ke hutan ke celah rimba, Berjumpa gajah dua serupa; Kalau tak boleh macam adinda, Apa lebihnya kepada saya.
12

Kembali ke atas