Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hilir1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja; ~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll; berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, meng­alir ke sana ke mari; menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik ber­jalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya; menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir; menghilirkan 1. membiarkan (mengha­nyut­­kan) menuju ke hilir, membiarkan meng­hilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, pen­jualan kereta dsb; pembangunan KLIA di­jangka meningkatkan pembangunan infra­struktur sokongan dan menggalakkan per­tumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; berkehiliran berketentuan; penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di Sungai Lepeh.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas