Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sal] | سسل

Definisi : perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada ber­guna prb sebelum mengerjakan atau me­lakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis­habis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-me­nyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduh­menuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakan­akan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar ma­nusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg di­sesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk mem­buktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sal] | سسل

Definisi : perasaan tidak senang dsb kerana telah melakukan sesuatu yg salah dll; perasaan insaf setelah membuat kesalahan. menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. menyesali menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin. menyesalkan menyebabkan atau menimbulkan rasa sesal: Perbuatanmu itu sangat-sangat ~ hatiku. sesalan perasaan menyesal; sesuatu yg disesali: Timbullah ~ serta takut dan ngeri dlm hatinya. penyesalan hal (perbuatan dsb) menyesal atau menyesali: ~mu itu tidak bererti apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesal (kata nama)
Bersinonim dengan kesal, keinsafan;,
Kata Terbitan : bersesalan, bersesal-sesalan, menyesal, kesesalan,

Puisi
 

Dari Siam pergi Kelantan,
     Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
     Sesal kemudian tiada guna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berkelahi dulu pendapatan,
     berkelahi kemudian kerugian.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
remorsen 1. regret, sesal: he felt no ~ for his evil deeds, dia tdk berasa sesal thdp perbuatan jahatnya; be filled with ~, berasa penuh sesal: she was filled with ~ for refusing to help, dia berasa penuh sesal krn enggan menolong; in ~, krn sesal: in ~ he committed suicide, krn sesal, dia membunuh diri; 2. mercy, compunction, belas kasihan: the prisoners were beaten without ~, banduan-banduan itu dipukul tanpa belas kasihan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regretn 1. feeling of repentance, rasa sesal: he expressed ~ for his past behaviour, dia menyatakan rasa sesal thdp kelakuannya dahulu; have no ~s, tdk berasa sesal; much to my ~, sesalnya saya, sesal rasanya saya; /with, without/ ~, /berasa, tanpa berasa /sesal; 2. (in pl), (in polite expressions of refusal), [various translations]: please accept my ~s at having to refuse your invitation, harap maaf krn terpaksa menolak jemputan kamu; he sends his ~s, dia meminta maaf;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contriteadj penuh sesal: a ~ heart, hati yg penuh sesal; a ~ letter, surat yg penuh sesal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
remorsefuladj penuh sesal: a ~ expression on his face, wajahnya penuh sesal; a ~ confession, pengakuan penuh sesal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regretfuladj 1. feeling regret, berasa sesal: I am most ~ for the error, saya berasa amat sesal atas kesilapan itu; 2. expressing regret, dgn penuh sesal: she cast a ~ glance at him, dia mengerling dgn penuh sesal padanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
repentantlyadv penuh sesal: she cried ~, dia menangis penuh sesal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contritionn kesesalan, perasaan sesal: he showed no ~ for the crime, dia tdk menunjukkan perasaan sesal thdp jenayah yg dilakukannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
repentancen remorse, sesal, penyesalan; (relig) taubat: the criminal showed no sign of ~, penjenayah itu tdk menunjukkan tanda sesal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smite2. have a great effect on, melanda: she was smitten with remorse, for slapping the child, dia dilanda rasa sesal, selepas menampar budak itu; in Central Africa, whole regions have been smitten by drought, di Afrika Tengah, seluruh kawasan telah dilanda kemarau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seize~ with; be ~d with, a. be overcome by, dicengkam: when he saw the child’s tears, he was ~d with remorse, apabila dia nampak budak itu menangis, dia dicengkam oleh rasa sesal; b. have an attack of, diserang: he was ~d with cramps when he was in the swimming pool, dia diserang kejangan otot semasa mandi dlm kolam renang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas