Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sal] | سسل

Definisi : perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada ber­guna prb sebelum mengerjakan atau me­lakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis­habis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-me­nyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduh­menuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakan­akan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar ma­nusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg di­sesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk mem­buktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sal] | سسل

Definisi : perasaan tidak senang dsb kerana telah melakukan sesuatu yg salah dll; perasaan insaf setelah membuat kesalahan. menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. menyesali menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin. menyesalkan menyebabkan atau menimbulkan rasa sesal: Perbuatanmu itu sangat-sangat ~ hatiku. sesalan perasaan menyesal; sesuatu yg disesali: Timbullah ~ serta takut dan ngeri dlm hatinya. penyesalan hal (perbuatan dsb) menyesal atau menyesali: ~mu itu tidak bererti apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesal (kata nama)
Bersinonim dengan kesal, keinsafan;,
Kata Terbitan : bersesalan, bersesal-sesalan, menyesal, kesesalan,

Puisi
 

Dari Siam pergi Kelantan,
     Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
     Sesal kemudian tiada guna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berkelahi dulu pendapatan,
     berkelahi kemudian kerugian.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terdapat perbezaan antara sesal dgn sesal?Tiada perbezaan antara dua perkataan itu kerana perkataannya sama.  Mungkin tuan/puan tersalah menaip.Lain-lain20.09.2016
apakah beza perkataan sesal dan kesalMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.05.2009
Assalam Tuan Saya ada sedikit kemusykilan di sini .. Apakah perbezaan antara perkataan sesal dan kesal. Dan abila mendapat imbuhan me-N ...i adakah sesal akan menjadi menyesali dan kesal akan menjadi mengesali? Terima kasih. Azura

Sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik seperti dosa dan lain-lain. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan dan sebagainya), berasa sebal, berasa jengkel. Kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.

Kata akar bagi mengesali ialah kesal manakala sesal merupakan kata akar menyesali.

Tatabahasa19.04.2020
Apakah perbezaan antara mengesali dengan menyesali ?Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Kata akar bagi mengesali ialah sesal manakala kesal merupakan kata akar menyesali.Tatabahasa14.10.2019
penggunaan perkataan menyesal dan menyesali...maksud dan contoh ayat untuk membezakannyaMenyesal bermaksud berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf. Contoh: Jika tidak lulus, jangan menyesal nanti.

Manakala menyesali pula bermaksud menyesal akan; berasa tidak senang kepada; berasa sesal terhadap. Contoh: Pemandu lori itu menyesali perbuatannya yang cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya. 

Lain-lain11.09.2020
Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata

Dua belas bintang di langit,

Bintang diraja dari Melaka;

Kata tuan pinang bergigit,

Kapur bercampur air mata

 

Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.10.2009

Kembali ke atas