Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.si] | سيسي

Definisi : (sési) 1. tempoh (penggal, semester, atau tahun) pengajian di universiti dll: ~ pertama bermula pd bulan Jun; 2. suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti: ~ temu duga; 3. perjumpaan sekumpulan pegawai (mahkamah, parlimen, dsb) utk se­suatu tujuan, sidang: ~ parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sesi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan semester: penggal

2. Bersinonim dengan sidang: pertemuan, perjumpaan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concurrent sessionsesi selari/sesi serentakPelanconganTiadaSesi pembentangan yang dikendalikan sekali gus, seperti dalam Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).
task passingpenyerahan tugasPentadbiranPentadbiran Awam

Sesi rasmi yang diadakan untuk peralihan kuasa dari pentadbir yang lama kepada pentadbir yang baru. Sesi ini hanya sebagai sesi simbolik semata-mata sebagai penghormatan kepada kedua-dua pihak. Pentadbir lama yang telah tamat tempoh berkhidmat di tempat tersebut menyerahkan tugas, mungkin dalam bentuk fail atau kunci kepada pegawai baru yang mengambil alih tempatnya. Contoh penyerahan tugas pengarah jabatan atau institusi sering berlaku dalam suatu keramaian yang mesra.

learning experience (LX)pengalaman pembelajaran (LX)Teknologi Maklumate-PembelajaranSebarang rakaman interaksi, kursus, program atau apa-apa sahaja aktiviti pembelajaran, sama ada dalam sesi pembelajaran formal atau tidak formal. Contoh pengalaman pembelajaran seperti sesi kuliah, sesi bertemu pakar, lawatan sambil belajar, kerja lapangan, gamifikasi, interaksi dalam talian, latihan amali, sangkutan kerja dan aktiviti kokurikulum.
plenary sessionsidang penuhKomunikasiKorporatSesi perbincangan utama yang dihadiri oleh semua peserta atau ahli sidang yang bergabung daripada sesi perbincangan kecil yang diadakan sebelumnya bagi membuat ketetapan bersama. Sesi ini boleh dilakukan dalam sesi bengkel berdasarkan subtema yang dipilih, yang diadakan semasa sesuatu persidangan, perhimpunan, seminar, simposium, sidang kemuncak, dan konvensyen. Dalam acara ini, biasanya terdapat tema yang berkaitan dan utama, serta mempunyai kepentingan dan implikasi kepada isu yang dibincangkan. Hasil keputusan dan rumusan bengkel dibawa ke sidang penuh bagi mendapatkan ketetapan akhir. Fungsi sidang penuh adalah untuk: (i) Menyelaraskan keputusan yang dicapai daripada perbincangan kumpulan bengkel. (ii) Mendapatkan kesepakatan dalam isu utama yang berkaitan dengan tema. (iii) Mengenal pasti isu yang perlu diberi keutamaan. (iv) Memberikan ruang yang seimbang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum keputusan akhir dilaksanakan sebagai satu kaedah pembuatan keputusan demokratik.. Hasil sidang penuh akan dijadikan asas kepada pembentukan sesuatu dasar, pelaksanaan sesuatu perancangan projek, pembuatan keputusan untuk meredakan isu dan penyelesaian konflik, rujukan untuk tindakan dan penyataan rasmi, serta sokongan kepada pembentukan sikap, kepercayaan dan tingkah laku yang boleh memberikan faedah bersama. Sinonim sidang pleno.
Switched Virtual Circuit (SVC)Litar Maya Bersuis (SVC)Teknologi MaklumatTiadaSuatu litar yang hanya terbentuk atau tersambung sepanjang tempoh sesi panggilan atau sesi pemindahan data dan kemudian terputus apabila sesi tersebut tamat. SVC lebih kompleks berbanding PVC tetapi SVC lebih baik kerana menyediakan keseimbangan beban rangkaian secara automatik dan dinamik dengan berkesan.
blocked practicepraktis blokSains SukanBiomekanikKaedah yang menumpukan satu aspek kemahiran sahaja dalam satu sesi latihan. Dalam sesi latihan ini, hanya satu kemahiran sahaja yang dilakukan seperti melakukan servis pendek dalam permainan badminton. Kemahiran lain seperti servis lob, servis kilas dan sebagainya tidak diajar.
brief therapyterapi ringkasPsikologiPsikologi UmumBentuk psikoterapi yang terhad kepada bilangan sesi yang sedikit biasanya sehingga 15 sesi. Terapi ini biasanya bertujuan untuk menangani simptom tertentu yang tidak terlalu berat atau yang dijangka boleh mencapai objektif khusus yang dicadangkan sejak awal sesi.
media briefingtaklimat mediaKomunikasiKorporatSesi pertemuan antara wakil organisasi dengan pihak media. Sesi pertemuan dengan pihak media hanya berlaku apabila wujud sesuatu keadaan yang memerlukan pihak organisasi menjelaskan sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, penjelasan tentang sesuatu acara atau peristiwa penting yang berkaitan dengan organisasi dan pemakluman tentang sesuatu perubahan keadaan atau situasi dalam organisasi. Antara perkara yang diperjelas dalam sesi taklimat media termasuklah maklumat latar belakang dan gambar tentang subjek yang diperkatakan, serta maklumat publisiti lain yang berkaitan. Taklimat biasanya disampaikan oleh ketua organisasi atau jurucakap organisasi dalam keadaan terkawal tanpa melibatkan soal jawab yang banyak antara media dengan organisasi.
plenary sessionsesi plenoPelanconganTiadaSesi apabila kesemua peserta persidangan dikumpulkan dalam satu ruang untuk mendengar taklimat dan memberikan pandangan masing-masing atau bertukar-tukar pendapat dalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan bersama.
legislative sessionsesi perundanganTeknologi MaklumatTiadaSesi yang diperlukan apabila kumpulan terbabit terlalu besar untuk bilik keputusan.
12345678910...

Kembali ke atas