Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sia.pa] | سسياڤا

Definisi : siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyer­tai peraduan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sia.pa] | سسياڤا

Definisi : 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesiapa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sesiapa pun atau sesiapa pun?Sesiapa pun. Ejaan26.06.2018
Penggunaan frasa mana lebih tepat? KEPADA SESIAPA BERKENAAN atau KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN atau KEPADA YANG BERKENAAN?Frasa 'Kepada sesiapa yang berkenaan' dan 'Kepada yang berkenaan' betul dan tepat penggunaan tatabahasanya.Tatabahasa22.02.2007
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan sama ada ayat ayat berikut betul: 1.Dia masih marah dan dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2.Dia enggan berjuma dengan sesiapa pun kerana masih marah. 3.Beliau meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri. Terima kasih.1. Dia masih marah dan enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2. Dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun kerana masih lagi marah. 3. Beliau meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri.Tatabahasa19.11.2015
Kepada sesiapa yang berkenaan, Bolehkah pihak DBP memberi maksud kepada perkataan arab 'az zahra'? Ini kerana tiada maksud perkataan tersebut dalam kamus dewan. Sekian, terima kasih.Zahrah bermaksud bunga dalam bahasa Melayu.Makna21.01.2013
Ada sesiapa yang mengetahui asal usul perkataan "sanubari"?

Salam sejahtera,

Sanubari bermaksud hati, jantung hati dan perasaan dalam hati atau batin. Tiada maklumat secara terperinci mengenai asal usul perkataan sanubari dalam sumber rujukan kami.

Lain-lain05.11.2012
Kepada sesiapa yang berkenaan, Adakah pihak DBP menerbitkan buku panduan ulangkaji PTK untuk kertas kompetensi umum dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran? Sekian, terima kasih.

Puan Ooi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Untuk pengetahuan Puan kami tidak mengeluarkan sebarang buku untuk kegunaan PTK. Terima kasih.

Lain-lain25.06.2009
Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan?Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keya­kinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg ter­sebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamal­kan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu.Makna26.02.2014
Salam kepada sesiapa yang berkenaan . saya cuma hendak mendapat nasihat daripada pihak tuan supaya memberi nasihat kepada cerpen yang saya tulis. saya telah mengahantar peraduan kepada pensyarah di institut perguruan saya tetapi tidak mempunyai sebarang maklum balas daripada pensyarah saya saya akan melampirkan sebuah cerpen yang bertajuk mutiara di tepi laut semoga mendapat nasihat daripada pihak tuan terima kasih...Pihak kami tidak dapat melayani permintaan saudara dalam ruang yang terhad ini.  Saudara boleh menghantar cerpen saudara kepada Editor Majalah Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, untuk dinilai sama ada karya saudara boleh diterbitkan atau tidak.  Saudara juga mungkin boleh datang ke Dewan Bahasa dan Pustaka dan berjumpa dengan editor di Bahagian Majalah, atau di Penerbitan Sastera, atau di Penerbitan PURNAMA untuk mendapatkan khidmat nasihat atau maklumat tentang kursus penulisan dan sebagainya.Lain-lain06.11.2008
I Tiada sesiapa yang meragui kelulusan hatinya. II Abangnya graduan kelulusan Universiti Putera Malaysia. III Encik Zahari mendapat kelulusan doktor untuk mengambil cuti tanpa gaji. IV Kita tidak sepatutnya belajar hanya untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan. Jawapan bagi soalan ini ialah III dan IV. Soalan saya ialah mengapa II adalah salah?Dalam ayat II perkataan yang betul ialah lulusan.  Lulusan bermaksud orang yang telah lulus dalam peperiksaan , lepasan.Tatabahasa05.06.2008
Sesiapa pun atau sesiapapun?Sesiapa pun. Ejaan26.06.2018
12345678910

Kembali ke atas