Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sia.pa] | سسياڤا

Definisi : siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyer­tai peraduan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sia.pa] | سسياڤا

Definisi : 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesiapa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALVAJ

Salvaj ialah wang atau barangan yang dibayar

kepada sesiapa yang menyelamatkan kapal atau

kargo yang ditinggalkan di laut. Bantuan yang

diberikan kepada kapal yang berada dalam

keadaan kecemasan atau bahaya dikenali sebagai

perkhidmatan salvaj. Salvaj dibenarkan bagi

tindakan yang dilakukan di laut lepas tetapi di

sesetengah negara, mahkamah juga membenarkan

salvaj kerana menyelamatkan barangan, kapal, atau

hidupan di perairan pedalaman.

UMUM 
MASA

Masa adalah satu misteri dunia yang paling sukar

difahami. Tidak ada sesiapa yang dapat

menerangkan apakah masa sebenarnya.

UMUM 
ORNITOPTER

Ornitopter ialah mesin yang direka bentuk untuk

terbang dengan mengepakkan sayapnya seperti

burung. Tiada sesiapa yang pernah berjaya

membina ornitopter, tetapi manusia mengimpikan

kenderaan demikian sejak zaman dahulu.

UMUM 
AHLI SUNNAH

Ahli Sunnah ialah golongan yang mengikut dan

berpegang pada Sunnah yang terdiri dari

kalangan  sahabat dan sesiapa yang mengikut

mereka dengan baik sehingga hari kiamat. Ibn

Rajab berkata: “Al-Sunnah ialah perjalanan Nabi

Muhammad SAW dan para sahabatnya yang

bersih daripada syubahat dan hawa nafsu”.

UMUM 
NEMESIS

Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang

penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah

lambang kepada semangat membalas dendam.

Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang

melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada

hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan

jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini,

perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat

kepada pembalasan.

UMUM 
DUVALIER, FRANCOIS

Duvalier, Francois (1907–1971) ialah Presiden

Haiti dari tahun 1957 hingga dia meninggal

dunia pada tahun 1971. Duvalier memerintah

sebagai diktator dan tidak membenarkan sesiapa

menentangnya.

UMUM 
MAKKAH, PEMBUKAAN

Makkah, Pembukaan. Peristiwa pembukaan

Makkah berlaku pada 20 Ramadan tahun 8 H.

Sebab berlakunya pembukaan atau penaklukan ini

adalah kerana dalam syarat-syarat perjanjian

Hudaibiyah sebelum itu telah dinyatakan antara

lain:

     “Sesiapa yang mahu berikat dengan

Muhammad dan membuat perjanjian dengannya,

maka ia bebas berbuat demikian dan sesiapa yang

mahu berikat dengan kaum Quraisy dan membuat

perjanjian dengannya, maka ia bebas berbuat

demikian”.

UMUM 
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 
KEDAULATAN

Kedaulatan pada mulanya digunakan terhadap

raja. Setiap penduduk di sesebuah negeri ialah

rakyat kepada raja. Raja itu sendiri ialah seorang

yang berdaulat, iaitu tidak berajakan kepada

sesiapa .

UMUM 
MOTHER GOOSE

Mother Goose ialah suatu nama yang dikaitkan

dengan kesusasteraan kanak-kanak beratus-ratus

tahun lamanya. Mother Goose muncul sebagai

pengarang yang mempunyai banyak koleksi cerita

dan rima dalam pelbagai bahasa. Namun, tiada

sesiapa pun yang tahu sama ada Mother Goose

yang sebenar itu pernah wujud.

UMUM 
123

Kembali ke atas