Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesuai;

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun? Murid tadika atau pelajar tadika? atau ada perkataan lain yang lebih sesuaiPerkataan yang sesuai merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun ialah murid-murid tadika atau kanak-kanak tadika. Istilah30.09.2021
Perkataan alumni sesuai digunakan untuk pelajar lepasan sekolah menengah ke? Sekiranya tidak sesuai, apa perkataan lain yang sesuai digunakan?Kata alumni bermaksud seperti yang berikut:

alumni kata nama
1 bekas pelajar yang tamat dari sesebuah sekolah atau institut pengajian tinggi:
Contoh penggunaan:
Beliau telah dilantik sebagai Presiden alumni USM.
Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Universiti Utara Malaysia.

2 bekas peserta, pelatih dan sebagainya sesebuah persatuan, program dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara;
Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja.

Kata lain yang boleh digunakan ialah bekas atau mantan mengikut kesesuaian konteks dan maknanya.

Sila rujuk kamus yang terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat berkaitan bahasa Melayu.
Makna16.12.2023
Search to refine the results. Cari untuk memperhalus kelihatan tidak sesuai. Apa istilah sesuai untuk refine ya?Padanan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan "refine" dalam konteks yang dinyatakan ialah perincian. Terjemahan "search to refine the result" ialah  cari untuk perincian keputusan.Makna09.11.2022
Saya sedang menterjemah beberapa teks bahasa arab berkaitan Rasulullah. soalan saya, adakah sesuai saya menterjemah "Anta" yang ditujukan kepada Rasulullah dengan "Paduka Tuan". seterusnya, adakah sesuai sekiranya perkataan "syurga" dalam konotasi Islam saya terjemahkan sebagai inderaloka. terima kasih.

Untuk konteks terjemahan yang melibatkan Rasulullah, "Paduka Tuan" tidak sesuai digunakan. Gelaran ini lebih sesuai dengan contoh teks berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan penggunaan gelaran ”Ya Rasulullah”, atau nama sahaja seperti “Wahai Muhammad” bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 

Untuk "syurga" juga tidak sesuai dipadankan dengan “inderaloka” kerana istilah ini juga lebih sesuai untuk teks yang berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan untuk kekal menggunakan istilah “syurga” atau “jannah”.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
Apakah penggunaan 'capai' dalam "Capai Raya Meriah" sesuai? ia bermaksud kita hendak mencapai raya yang meriah. Jika tidak sesuai, apakah sebabnya dan apakah kata ganti yang sesuai yang selari dengan 'capai raya meriah'Menurut kamu s Pelajar Edisi Kedua, maksud capai ialah:
1. (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dengan menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu.
2 Sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun.
3 Mendapat (sesuatu maksud dan lain-lain); menyampaikan atau menjayakan (maksud dan lain-lain): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya.
4 Mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi.

Manakala maksud raya pula ialah besar

Maka cadangan penggunaan ayat yang betul dan baik ialah "Mencapai Hari Raya yang Meriah"
Tatabahasa18.03.2021
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "overrated"? Saya hanya jumpa satu sahaja padanan dalam Kamus Bahasa Inggeris iaitu sesuatu yang dinilai terlalu tinggi tetapi tidak sesuai dengan konteks ayat saya. Ayat bahasa Inggerisnya adalah "The place is so overrated." Jadi, saya ingin tahu padanan yang lebih sesuai. Terima kasihCadangan padanan bagi istilah overrated dalam bahasa Melayu ialah dinilai berlebihan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah14.01.2024
Istilah sesuai bagi Spatial computing. Penerangan "refers to human–computer interaction that is perceived by humans as taking place in the real world, in and around their bodies, instead of perceptually behind a computer screen."Padanan bahasa Melayu bagi istilah spatial computing ialah pengkomputeran reruang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.02.2024
Istilah sesuai bagi system-on-chip. Penjelasan dalam bahasa Inggeris, A system on a chip or system-on-chip is an integrated circuit that integrates most or all components of a computer or other electronic system.Padanan bahasa Melayu bagi istilah system-on-chip (SoC) ialah sistem dalam cip. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.01.2024
Istilah sesuai bagi Unified memory. Penjelasan dalam bahasa Inggeris is a virtual address space that can be shared between the operating system and applications.Padanan bahasa Melayu bagi istilah unified memory ialah memori terpadu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.01.2024
Istilah sesuai bagi "Hotspot"/"Tethering" bagi peranti pintar? Penerangan "Sharing a connection this way is called tethering or using a hotspot. Some phones can share Wi-Fi connection by tethering. Most Android phones can share mobile."Padanan bahasa Melayu bagi istilah hotspot ialah titik penghala dan istilah tethering ialah tambatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah12.09.2023
12345678910...

Kembali ke atas