Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.suai] | سسواي

Definisi : 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk dijadikan isteri kamu; 2. ber­padanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium; bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; menyesuaikan menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air; kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai; persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; penyesuai alat dll yg menyesuaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.suai] | سسواي

Definisi : 1 padan benar atau cocok benar keadaannya; sepadan; seimbang: Kakinya melecet kerana memakai kasut yg tidak ~. Gajinya tidak ~ dgn kerjanya. 2 muafakat; setuju: Pendapat mereka ~ dgn pendapat saya. 3 baik atau cocok benar; serasi benar: Utk penyakit kurap, ubat inilah yg ~. bersesuaian mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. menyesuaikan menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. kesesuaian keadaan atau hal sesuai. persesuaian perihal bersesuaian: Me­reka telah berpisah kerana tidak ada ~ lagi. penyesuaian perbuatan atau hal menyesuaikan. penyesuai alat dll utk menyesuaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Canning cultivarKultivar tinPertanianAgronomi

Kultivar buah yang sesuai untuk diproses menjadi produk di dalam tin. Contohnya, kultivar Cayenne bagi buah nanas paling sesuai untuk kultivar tin kerana isinya yang keras dan buahnya yang besar. Sebaliknya, nanas Josepine tidak sesuai kerana isinya yang lembut dan kandungan gula yang tinggi dan menjadikannya paling sesuai sebagai kultivar untuk dimakan segar.

guinea grassrumput kudaVeterinarTiadaSalah satu jenis rumput terpilih yang sesuai ditanam di kawasan tropika. Terdapat beberapa jenis rumput kuda iaitu jenis biasa, ‘green panic’, hamil, coloniao dan makuene. Rumput ini mempunyai ketinggian 1.5-2.0 meter dan menghasilkan bahan kering yang tinggi iaitu 20-26 tan/hektar/tahun. Rumput ini sesuai untuk ragutan 2-3 ekor lembu/kerbau atau 15-20 ekor kambing/biri-biri bagi setiap hektar di sepanjang tahun. Kandungan protein kasarnya ialah 10-12% dan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah. Rumput ini tahan pada musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan keadaan lembab untuk hidup subur. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung. Nama saintifik: Panicum maximum.
ignition pointtitik pencucuhanTeknikElektrikMasa yang sesuai untuk memutuskan litar gegelung utama pencucuhan bagi menghasilkan voltan tinggi pada gegelung sekunder dan terus dihantar ke dalam pencucuhan melalui pengagihan pencucuhan. Masa yang sesuai ialah ketika omboh berada di atas. Pelarasan masa ini dibuat pada titik sentuh dalam pengagih.
recordpiring hitam; rekod; rakamanKejuruteraanTiada2. Rekod: Data yang disimpan dalam bahantara yang sesuai, misalnya pita, cetakan, kad tertebuk.,3. Rakaman: Menstor data pada medium yang sesuai, misalnya pita, cetakan, kad tertebuk dan sebagainya.
banding fertilizerbaja jalurPertanianAgronomi

Baja yang digunakan dalam kaedah pembajaan jalur. Baja yang sesuai digunakan ialah baja berbentuk butiran. Baja foliar dan baja cecair tidak sesuai sebagai baja jalur. Lihat juga pembajaan jalur.

leucaenapetai belalangVeterinarTiadaKekacang yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, tahan terhadap pemotongan yang kerap, memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah jika tanahnya subur. Kekacang ini kurang sesuai pada keadaan tanah yang berpasir atau air bertakung. Tanaman ini mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali dan keadaan ini membuatkan ia tahan terhadap keadaan kemarau. Petai belalang ditanam menggunakan biji benih pada jarak 50 cm di antara pokok dan 1 meter di antara baris. Tanaman ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15-20 tan/hektar/tahun dengan protein kasar sebanyak 22-24%. Daun petai belalang amat disukai oleh ternakan ruminan. Ragutan yang berlaku di kawasan petai belalang yang bercampur dengan rumput boleh meningkatkan pengeluaran ternakan. Selain itu, petai belalang juga mengandungi mimosin iaitu sejenis racun yang boleh menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid jika diberi melebihi 30% daripada keperluan bahan kering harian untuk tempoh melebihi tiga bulan. Nama saintifik: Leucaena leucocephala.
dendrochronologydendrokronologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik pentarikhan relatif yang sesuai digunakan terhadap pokok sahaja. Pengiraan berdasarkan jarak atau ketebalan gegelang pokok. Kelemahannya dipengaruhi oleh iklim setempat dan sama ada terdapatnya pokok yang lebih tua untuk tujuan pembandingan usia seperti pokok sequoia dan pain. Teknik ini sesuai digunakan di kawasan beriklim sederhana dan sejuk.
penganitan (Br.)penganitan (Br.)KesenianTiadaProses meracik kelawak dari luar ke dalam untuk menjadi beberapa bilah yang nipis. Lapis pertama ialah kulit buluh yang halus dan sesuai untuk bahagian luar seraung dan lapis yang kasar sesuai untuk bahagian dalam seraung.
acid sulphate soiltanah asid sulfatVeterinarTiadaTanah yang mempunyai nilai pH yang lebih rendah daripada 3.5 dan tidak sesuai untuk kebanyakan tanaman. Ia mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi dan merupakan tanah aluvium di sepanjang pantai. Tanah ini hanya sesuai untuk tanaman berakar pendek seperti rumput dan tanaman semusim.
paragrassrumput melelaVeterinarTiadaSalah satu jenis rumput terpilih yang tumbuh di Asia Tenggara. Nama saintifiknya Brachiaria mutica. Rumput ini sesuai ditanam di rantau yang mendapat hujan lebih dari 1250 mm. Rumput jenis ini mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap keadaan tanah yang berair dan banjir. Rumput ini juga mempunyai daun dan batang yang berbulu dan sesuai ditanam bersama tumbuhan kekacang Centrosema. Rumput jenis ini sesuai dijadikan sebagai makanan untuk ternakan seperti lembu dan kerbau.
12345678910...

Kembali ke atas