Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.su.dah] | سسوده

Definisi : se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sesudah bersalam-salaman, Azman melayangkan matanya ke setiap penjuru bilik. soalan saya ialah apakah perkataan yang paling sesuai menggantikan perkataan melayangkan kerana saya berpendapat melayangkan tidak sesuai digunakan?Cadangan kami ialah 'Azman melihat ke setiap penjuru bili'. Terima kasih.Tatabahasa07.06.2008
Nama saya MR:XAYLAPHONH PHETYOUANGKHAT Belajar Bahasa Melayu Dasar FATONI UNIVERSITY Ingin Bertanya Tentang tata Bahasa Apakah A KHIRAT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "Akhirat" ialah Ar alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yang kekal (sesudah hari kiamat).
Makna03.11.2015
apakah maksud pascataklimat??

Pasca ialah awalan asing sesudah, selepas, setelah. Maksud bagi perkataan pascataklimat ialah berkenaan keadaan sesuatu selepas taklimat.

Makna04.02.2010
pengunaan perkataan seusai seperti di dalam ayat dibawah: Sehubungan dengan itu, perolehan dan pelaksanaan projek dilaksanakan oleh pihak AAA dan penyerahan kepada pihak BBBB seusai projek siap.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “usai” ditakrifkan sebagai sudah selesai atau berakhir, iaitu berkenaan perhimpunan, peperangan, majlis dan lain-lain. Penggunaan perkataan “seusai” dalam ayat tersebut kurang tepat. Kebiasaannya, perkataan “sesudah” digunakan. “Sesudah” bermaksud setelah berbuat atau berlaku sesuatu, setelah atau selepas. “Sudah” ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah “sesudah”, yang berfungsi sebagai adverba waktu. Selain itu, perkataan “seusai” dengan maksud “sesudah”, lazimnya digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license).

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana dan Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima halaman 202 hingga 205.

Tatabahasa24.11.2023
Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betulTanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!

Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru.
Tatabahasa15.04.2013
saya ingin membuat aduan sekiranya permohonan unruk pengesahan bahasa saya tidak luus, siapa saya perlu saya hubungi untuk pertanyaan dan semakan, sebab sesudah dua kali tidak lulus, ulasan pula tak berkaitan..harap bantu t.kasihSila hubungi kami di talian 03-21479400/9600, kami cuba menghubungi tuan, namun malangnya maklumat peribadi tidak dapat dipaparkan.Lain-lain24.11.2015
Assalammualaikum, perkataan "sebelum" tergolong dalam golongan kata yang mana dalam konteks morfologi ?Sebelum ialah kata bantu aspek dan hadir sebelum atau sesudah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.Tatabahasa15.03.2015
atas dunia ini atau di atas dunia ini?Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan atas dunia atau di atas dunia kurang tepat untuk frasa tersebut kerana dunia tidak menandakan arah atau jurusan.Tatabahasa13.09.2011
Selepas menonton atau Lepas menontonKedua-duanya boleh digunakan untuk konteks ayat ini. "Selepas" adalah kata terbitan daripada perkataan "lepas" yang membawa maksud sesudah, atau setelah sudah atau setelah selesai.  "Lepas" biasanya digunakan untuk bahasa percakapan.Tatabahasa12.03.2014
Hai, Adakah penggunaan tanda seru untuk penegasan ayat di bawah adalah betul? Terima Kasih! Selamat beristirahat! Terbaik! Hebat! Mantap!Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! 

Penggunaan tanda seru yang lazim untuk penegasan perkataan berikut ialah:

Terima Kasih.
Selamat beristirahat.
Terbaik!
Hebat!
Mantap!
Lain-lain29.06.2021
12345678

Kembali ke atas