Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.su.dah] | سسوده

Definisi : se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
posttreatmentsesudah olahanKomunikasi MassaTiadaTiada
post-incorporationsesudah penubuhanEkonomiTiadaTiada
tapped densityketumpatan tertepukFarmasiTiadaNilai yang didapati apabila satu isi padu serbuk yang diketahui beratnya ditepuk berulang kali. Serbuk dimasukkan ke dalam silinder penyukat dan nilai isi padu sesudah ditepuk diambil. Ketumpatan dikira dengan mengambil berat sampel dibahagikan dengan isi padu sesudah ditepuk. Ciri ini penting dalam proses pengeluaran tablet.
relapserelapsPerubatanTiadaKemunculan semula gejala penyakit sesudah kelihatan hampir sembuh selepas beberapa minggu atau bulan. Dalam malaria, fenomena ini berlaku pada malaria vivaks sahaja. Lihat juga rekrudesens. Sin: kambuh
dry strengthkekuatan keringKejuruteraanTiadaKekuatan bahan seramik sesudah dikeringkan tetapi belum dibakar.
postherpeticpascaherpesPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu yang berlaku sesudah atau sebagai akibat herpes zoster.
postmenopausalpascamenopausPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu yang berlaku sesudah putus haid.
underhand serviceservis bawahSukanTiadaMelakukan servis dari bawah sesudah bola, dilambung ke atas, pada sukan pingpong dan tenis.
non-luminous paintcat tak kilauKesenianTiadaCat yang kusam sesudah kering, seperti cat akrilik.
adjacencycelahanKomunikasiTiadaProgram atau iklan yang disiarkan sebelum atau sesudah sesebuah program oleh stesen radio atau televisyen.
1234

Kembali ke atas