Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sét] | سيت

Definisi : (sét) 1. sekumpulan barang yg merupakan suatu kesatuan, beberapa benda yg digunakan bersama-sama sehingga yg satu merupakan pelengkap yg lainnya (spt pinggan mangkuk, kerusi meja, dll), peranggu: terdapat dua ~ kutipan yg terdiri drpd terjemahan tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan; 2. sesuatu pusingan dlm permainan (tenis, bola tangkis, dll): marilah kita bermain satu ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sét] | سيت

Definisi : (sét); mengeset menggubah, mem­bentuk (rambut), mengatur (huruf dlm mesin cetak, dll): setiap satunya merupakan can­tuman berlian-berlian bermutu yg diset dgn begitu kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sét] | سيت

Definisi : /sét/ 1 kumpulan barang (pinggan mangkuk dll) yg merupakan satu ke­satuan; peranggu. 2 pusingan dlm permainan tenis dll: Dlm ~ pertama, saya berjaya mengalahkannya. 3 sekumpulan nombor, kuantiti, nama benda dll yg sekurang-kurangnya mempunyai satu ciri yg sama. mengeset 1 me­masang atau menyediakan alat-alat pd mesin dll supaya sedia utk digunakan (dijalan­kan): ~ mesin pelarik. 2 me­ngatur (huruf dlm mesin cetak dll). mengesetkan menjadikan dlm ben­tuk set. pengeset orang atau alat yg mengeset. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata set


Glosari Linguistik Korpus

Kata Istilah SumberKata Istilah Sasar
character setset aksara

Kembali ke atas