Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sét] | سيت

Definisi : (sét) 1. sekumpulan barang yg merupakan suatu kesatuan, beberapa benda yg digunakan bersama-sama sehingga yg satu merupakan pelengkap yg lainnya (spt pinggan mangkuk, kerusi meja, dll), peranggu: terdapat dua ~ kutipan yg terdiri drpd terjemahan tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan; 2. sesuatu pusingan dlm permainan (tenis, bola tangkis, dll): marilah kita bermain satu ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sét] | سيت

Definisi : (sét); mengeset menggubah, mem­bentuk (rambut), mengatur (huruf dlm mesin cetak, dll): setiap satunya merupakan can­tuman berlian-berlian bermutu yg diset dgn begitu kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sét] | سيت

Definisi : /sét/ 1 kumpulan barang (pinggan mangkuk dll) yg merupakan satu ke­satuan; peranggu. 2 pusingan dlm permainan tenis dll: Dlm ~ pertama, saya berjaya mengalahkannya. 3 sekumpulan nombor, kuantiti, nama benda dll yg sekurang-kurangnya mempunyai satu ciri yg sama. mengeset 1 me­masang atau menyediakan alat-alat pd mesin dll supaya sedia utk digunakan (dijalan­kan): ~ mesin pelarik. 2 me­ngatur (huruf dlm mesin cetak dll). mengesetkan menjadikan dlm ben­tuk set. pengeset orang atau alat yg mengeset. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata set


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sampagagungan, *sompogogungan* Kdset lengkap gong.Sampagagungan adalah alat-alat muzik yang diperbuat dari tembaga.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tegunggu Kd Pn, Mrset gong bambu yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi yang berlainan. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian semazau.Lupakan saja perkara yang dah terlanjur itu. Aku pun dah meletakkan jawatanku daripada menjadi ahli kumpulan tegunggu di kampung kita. Kalau dijemput pun, aku tak perlu ikut lagi. Tak dapat upah pun, tak mengapalah. Asal saja kita hidup bahagia semula.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kokolid Kdsuatu alat yang digunakan untuk mencari ton gong yang dikehendaki dalam barisan set gong.Jika Kokolid anda bertonik gong maka rentak permainan adalah mengikut gong. Dalam mengejar perubahan masa maka bentuk tonik Kokolid yang sesuai ialah solfa.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
almanis Bj, Slhiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada.Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya.Sejambak Bunga EmasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sungkad Kdsejenis alat muzik tradisional.Sejak dari hari itu maka alat itu telah menjadi sebahagian daripada alat-alat muzik tradisional mereka. Oleh kerana ia dibunyikan secara posungkadon atau ditegakkan dan dihentak maka mereka menamakan set ini sebagai Sungkad.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
posungkadon Kdperbuatan mencacakkan sesuatu seperti kayu dan sebagainya.Sejak dari hari itu maka alat itu telah menjadi sebahagian daripada alat-alat muzik tradisional mereka. Oleh kerana ia dibunyikan secara posungkadon atau ditegakkan dan dihentak maka mereka menamakan set ini sebagai Sungkad.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas