Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,

Puisi
 

Nak mandi di pangkalan mana,
     Ingat sedikit disambar buaya;
Adik nak cari setara mana,
     Carilah yang serupa saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
port TCP 22 untuk membenarkan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 21 6/6/11 4:01:32 PM 22 cangkerang soket selamat (SSS) cap suara capaian baca capaian tulis capaian setara dengan aplikasi Telnet, Rlogin, atau Rsh. SSH juga memberi keupayaan pengesahan pengguna dan saluran tersulit kepada komponen penterjemah arahan pada sistem pengoperasian hos. SSH dapat melindungi daripada penghiduan, serangan perdayaan proksi. hos penyamaran (Ig. masquerading host; Br. hos penyamaran; Id. hos pemaskaraan) 1. Komputer yang digunakan oleh pengguna hasad untuk melancarkan serangan penyamaran. Komputer ini mengandungi antara muka palsu yang setara dengan antara muka yang ada pada hos sebenar dan digunakan oleh pengguna hasad untuk mengumpul maklumat peribadi pengguna yang sah. 2. Komputer proksi yang melindungi komputer lain di belakangnya yang

Kembali ke atas