Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,

Puisi
 

Nak mandi di pangkalan mana,
     Ingat sedikit disambar buaya;
Adik nak cari setara mana,
     Carilah yang serupa saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
أجر المثالupah setara/mas kahwin setaraAgama IslamFiqhPemberian mas kahwin kepada pihak perempuan yang nilainya setara dengan kedudukannya.
barrel equivalentsetara tongKejuruteraanPetroleumUnit yang digunakan di makmal untuk menilai dan menguji bendalir penggerudian, iaitu satu setara tong bendalir adalah setara dengan 350 ml bendalir tersebut. Sebagai contoh, 1 gram bahan, bila ditambahkan ke dalam 350 ml suatu bendalir, adalah setara dengan penambahan 1 paun bahan tersebut ke dalam 1 tong (42 gelen) bendalir tersebut.
logically equivalent statementpernyataan setara logik pernyataan setara mantikKesenianTiadaTiada
equivalentsetaraMatematikTiadaSifat yang bererti “sama” dengan tafsiran tertentu mengikut konteks. Contoh: (i) Dua pecahan adalah setara jika nilainya sama. (ii) Dua persamaan dikatakan setara jika kedua-duanya mempunyai punca yang sama. (iii) Dua syarat dikatakan setara jika (a) apabila satu syarat itu benar, yang lain itu pun benar, dan (b) apabila satu syarat palsu, yang lain itu pun palsu juga.
equivalent temperaturesuhu setaraSainsHidrometeorologi1. Suhu setara isobar. Suhu kompok udara apabila semua wap airnya dipeluwap keluar pada tekanan tetap, dan haba pendam yang dikeluarkan digunakan untuk pemanasan udara itu. 2. Suhu setara adiabatik. Suhu kompok udara selepas mengalami pengembangan adiabatik kering sehingga semua kelengasan dikerpaskan.
equivalent longitudinal windangin membujur setaraMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin khayalan seragam yang selari dengan trajektori, yang menghasilkan min kelajuan pesawat udara sepanjang lintasannya, angin ini disebut "angin sakal setara", jika searah disebut "angin buritan setara".
equivalent dynamical systemsistem dinamik setaraMekanikGunaanSistem jisim terpumpun yang boleh menggantikan suatu jasad tegar, untuk tujuan analisis tabiat dinamik jasad itu. sistem setara ini perlu memenuhi tiga syarat, iaitu jisim terjumlahnya mestilah sama dengan jisim jasad tegar asal, kedudukan pusat graviti sistem setara ini mestilah sama dengan keadaan asal dan momen sifatekun di sekitar paksi yang melalui pusat graviti mestilah sama dalam kedua-dua kes.
dose equivalentsetara dosFizikAtom dan NuklearHasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti Q. Setara dos, E boleh diungkapkan sebagai: E = DQ, Nilai Q bersandar kepada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah sievert (Sv) dan D ialah gray. Dos setara untuk seluruh badan, 1 Sv boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes.
equivalent dosedos setaraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikHasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan.
field moisture equivalentsetara lembapan tanahKejuruteraanTiadayang setara ketika setitik air dititikkan ke atas tanah yang halus.
12345678910...

Kembali ke atas