Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ru] | سترو

Definisi : musuh atau lawan (orang perseorang­an): drpd banyak ~, baik banyak sahabat; berseteru mempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita; menyeterui memusuhi; memperseterukan menjadikan seteru, meng­anggap musuh; perseteruan perihal berseteru, permusuhan: umat Arab sebelum Islam sentiasa dlm huru­hara, pertelingkahan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ru] | سترو

Definisi : orang yg ditentang dlm pe­perangan atau dlm perkelahian; orang yg dipercayai akan merosakkan diri kita sendiri; musuh: Drpd banyak ~, lebih baik banyak sahabat. berseteru 1 mempunyai seteru. 2 tidak ber­baik-baik antara satu dgn yg lain; bermusuh: Dia memang ~ dgn saya. perseteruan perbuatan (hal dsb) ber­seteru; permusuhan: Sistem ini telah menimbulkan ~ dan persaingan hebat di kalangan keluarga Umaiyah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seteru (kata nama)
Bersinonim dengan musuh, lawan, udu, tentangan, tandingan, saingan;,
Kata Terbitan : berseteru, menyeterui, memperseterukan, perseteruan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna seteru

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, seteru bermaksud musuh atau lawan (orang perseorangan): Contoh: drpd banyak seteru, baik banyak sahabat;

Lain-lain04.05.2010
apakah maksud sahabatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.Ejaan28.02.2015
saya fareeda jehtae sedang belajar di Universiti Fatoni ingin bertanya DBP "seteru" itu berasal daripada bahasa Sanskrit atau bukan,saya minta bawa contohnya terikasih

Soalan ini akan dipanjangkan  kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambila masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasih

Penyelidikan22.09.2014
Tuan dan puan.Mohon penjelasan.Secara ringkas apakah perbezaan diantara perasaan gentar gementar dan gemuruh terima kasih Maksud gementar ialah gentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dan lain-lain).  Contoh ayat: Jangan berasa gementar melihat kekuatan seteru.

Gemuruh pula bermaksud 1. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya),2.  agak gementar.  Contoh ayat: Setiap pemain pasti berasa sedikit agak gementar apabila menentang lawan, terutamanya dalam kejohanan penting.

Kedua-dua maksud hampir sama, cuma yang berbaza ialah gementar lebih kepada keadaan fizikal yang menggigil, manakala gemuruh lebih kepada perasaan.
Makna03.06.2015

Kembali ke atas