Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ru] | سترو

Definisi : musuh atau lawan (orang perseorang­an): drpd banyak ~, baik banyak sahabat; berseteru mempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita; menyeterui memusuhi; memperseterukan menjadikan seteru, meng­anggap musuh; perseteruan perihal berseteru, permusuhan: umat Arab sebelum Islam sentiasa dlm huru­hara, pertelingkahan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ru] | سترو

Definisi : orang yg ditentang dlm pe­perangan atau dlm perkelahian; orang yg dipercayai akan merosakkan diri kita sendiri; musuh: Drpd banyak ~, lebih baik banyak sahabat. berseteru 1 mempunyai seteru. 2 tidak ber­baik-baik antara satu dgn yg lain; bermusuh: Dia memang ~ dgn saya. perseteruan perbuatan (hal dsb) ber­seteru; permusuhan: Sistem ini telah menimbulkan ~ dan persaingan hebat di kalangan keluarga Umaiyah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seteru (kata nama)
Bersinonim dengan musuh, lawan, udu, tentangan, tandingan, saingan;,
Kata Terbitan : berseteru, menyeterui, memperseterukan, perseteruan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hostile environmentpersekitaran seteruPendidikanTiadaTiada
hostile attitudesikap seteruPendidikanTiadaTiada
hostile attitudesikap seteruSosiologiTiadaTiada
hostile environmentpersekitaran seteruSosiologiTiadaTiada
alien enemymusuh asingUndang-undangUndang-undang AntarabangsaRakyat dari negara seteru dalam sesuatu konflik bersenjata. Musuh asing boleh ditahan, disekat atau dipindahkan. Contohnya, semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah menahan rakyat Jepun yang berada di wilayahnya di kem-kem tahanan.
alien enemymusuh asingUndang-undangUndang-undang AntarabangsaRakyat dari negara seteru dalam sesuatu konflik bersenjata. Musuh asing boleh ditahan, disekat atau dipindahkan. Contohnya, semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah menahan rakyat Jepun yang berada di wilayahnya di kem-kem tahanan.
blockadekepunganSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan yang diambil untuk menghalang laluan pihak musuh daripada melintasi wilayah sesebuah negara. Sekatan ini biasanya dalam bentuk sekatan darat dan laut. Namun, sekatan udara juga boleh dilakukan terhadap pihak musuh. Matlamatnya adalah untuk menafikan bekalan sumber dan makanan kepada tentera musuh dan/atau orang awam. Mengikut peruntukan undang-undang antarabangsa, tindakan sekatan hanya boleh dikenakan terhadap wilayah negara yang menjadi seteru negara tersebut. Pihak Britain pernah menggunakan kaedah ini terhadap Perancis semasa perang Napoleon dan sekatan terhadap Jerman pada abad ke-20.

Kembali ke atas