Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Cendawan tumbuh di batang,
     Diambil orang setiap hari;
pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang,
     Pengantin duduk suami isteri.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Laut ditimba akan kering.

Bermaksud :

Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Apabila kuat berjaja ikan, Setiap hari mendapat duit; Apabila taat membela kawan, Ke mana pergi tidakkan sulit.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Batang selasih buahnya banyak, Setiap hari diambil orang; Orang kukasih sudahlah muak, Ke mana lagi hamba menumpang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tuan tidak pandai mengubah, Setiap hari sembahyang dalam perahu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal umur saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang setiap hari; Jauh adat datanglah bala, Bala datang gelaplah negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bagaimana kita hendak berunding, Orang berbantah setiap hari; Bagaimana hamba hendak disunting, Abanglah sudah beranak isteri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Air dangkal ikannya jinak, Ditangkap orang setiap hari; Hati mengkal dada pun kemak, Mengharap abang datang ke mari.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang pelita ada isinya, Diisi minyak setiap hari; Yang cinta ada janjinya, Janji setia sehidup semati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Untuk apa menjala limbat, Untuk dijual setiap hari; Untuk apa bekerja berat, Untuk bekal hidup nanti.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Besarlah biji si buah pauh, Dimakan beruk setiap hari; Biarku mati di negeri jauh, Dari menengok adik berlaki.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas