Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Cendawan tumbuh di batang,
     Diambil orang setiap hari;
pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang,
     Pengantin duduk suami isteri.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Laut ditimba akan kering.

Bermaksud :

Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTuan tidak pandai mengubah, Setiap hari sembahyang dalam perahu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal umur saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaCendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.
Kurik Kundi Merah SagaMari hinggap di pohon rimbu, Sayang selasih di tepi perigi; Setiap hari ku menanggung rindu, Kerana kasih ditinggalkan pergi.
Kurik Kundi Merah SagaBurung helang terbang melayang, Singgah mari di pohon rimbu; Kuteringat kasih teringat sayang, Setiap hari menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaLimau manis condong ke Kerling, Tali sabut anyam berdiri; Tuanlah manis duduk menjeling, Saya menyebut setiap hari.
Kurik Kundi Merah SagaHujan menderu di tengah hari, Orang Cina berpayung kain; Adik rindu setiap hari, Rupanya abang mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaHari raya berbaju kurung, Mari berkain batik lepas; Kalau kamek dua macam burung, Setiap hari datang mengabas.
Kurik Kundi Merah SagaKokok ayam sahut-menyahut, Kokok mari di malam hari; Anak laut pulang ke laut, Tempat bermain setiap hari.

Kembali ke atas