Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tia.u.sa.ha] | ستياءوسها

Definisi : 1. orang yg diambil bekerja utk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dsb) utk orang perseorangan atau utk sesebuah pertubuhan; 2. pegawai yg mengendalikan pentadbiran dll sesuatu kementerian (jabatan dsb), orang yg mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dsb: Ketua S~ Kemen­terian Luar Negeri; ~ Persatuan Sejarah Malaysia; ~ akhbar setiausaha kpd menteri yg tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan se­terusnya mengurus penyiarannya dlm akhbar; ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tu-gas atau berkhidmat secara sukarela (tidak di­beri gaji atau upah); ~ parlimen setiausaha kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn parlimen; ~ peribadi setiausaha yg mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-­tugas rasminya; ~ politik setiausaha kpd men­teri dlm urusan yg bersangkutan dgn politik; ~ sulit setiausaha yg mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dsb seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dsb; ~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yg bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb syarikat; kesetiausahaan (segala urusan) yg berkait­an dgn tugas atau profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tia.u.sa.ha] | ستياءوسها

Definisi : 1 pekerja yg menye­leng­garakan urusan surat-menyurat atau membuat peringatan dll utk seseorang pegawai tinggi. 2 pegawai yg mengurus hal surat-menyurat (menjaga daftar keahlian, membuat rekod dll) sesuatu persatuan atau kelab. 3 pegawai yg mengurus pentadbiran sesuatu ja­batan dll. ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tugas atau yg berkhidmat secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah). kesetiausahaan segala urusan yg berkaitan dgn tugas setiausaha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setiausaha


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Corporation of Chartered SecretariesPersatuan Setiausaha-setiausaha BerkanunEkonomiTiadaTiada
Cabinet SecretarySetiausaha KabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan mesyuarat kabinet. Beliau merupakan pegawai pentadbiran utama di Jabatan Perdana Menteri. Setiausaha Kabinet adalah juga Ketua Setiausaha Negara. Tugas-tugas setiausaha ini ialah menyediakan agenda dan minit mesyuarat kabinet, menyampaikan keputusan kabinet kepada badan pelaksana kerajaan seperti jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi dan perbadanan awam. Setiausaha Kabinet juga merupakan penasihat utama kepada kabinet dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.

legal secretarysetiausaha guamanPentadbiran PerniagaanTiadaSetiausaha yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman khusus dalam prosedur undang-undang, instrumen undang-undang, fungsi mahkamah dan prosedur litigasi selain dari kemahiran dan ciri peribadi setiausaha.
private secretarysetiausaha sulitPentadbiran PerniagaanTiadaSetiausaha yang ditugaskan khas untuk seorang eksekutif.
press secretarysetiausaha akhbarPentadbiran PerniagaanTiadaSetiausaha kepada menteri yang tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan seterusnya menguruskan penyiarannya di dalam akhbar.
junior secretarysetiausaha rendahPentadbiran PerniagaanTiadaSetiausaha yang tugasnya terhad kepada menulis trengkas daripada pembacaan rencana dan mentranskripsinya, menapis panggilan telefon, membuat janji temu, mengatur jadual perjalanan, menjawab surat rutin dan mengendali sistem pemfailan.
personal secretarysetiausaha peribadiPentadbiran PerniagaanTiadaSetiausaha yang ditugaskan khas untuk seorang eksekutif.
administrative secretarysetiausaha tadbirPentadbiran PerniagaanTiadaSetiausaha yang membuat kerja pentadbiran dan tidak termasuk kerja menaip.
multifunctional secretarysetiausaha pelbagai tugasPentadbiran PerniagaanTiadaSetiausaha yang berupaya menjalankan pelbagai tugas dan tanggungjawab.
correspondence secretarysetiausaha surat-menyuratPentadbiran PerniagaanTiadaSetiausaha yang mempunyai tahap penguasaan bahasa yang tinggi bagi membolehkannya menyempurnakan tugas mengambil rencana serta menaip surat dengan tepat.
12345678910...

Kembali ke atas