Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n see SET. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. way or position in which machine, instrument, etc is set, seting: after ten minutes, the oven ~ should be lowered to 350o, selepas sepuluh minit, seting ketuhar itu hendaklah diturunkan ke 350o; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. a. surroundings, background, persekitaran: a log cabin in a woodland ~, kabin kayu di persekitaran hutan; Edinburgh Castle provides a picturesque ~ for the tattoo, Istana Kota Edinburgh merupakan persekitaran yg indah bagi pertunjukan tatu itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. background for a play, film, etc, latar, setting: the ~ of the play is a sitting room in a middle-class home, latar drama itu ialah sebuah bilik tamu dlm rumah golongan kelas pertengahan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. mount for jewel, mengikat: a diamond in a plain gold ~, berlian yg diikat dgn emas yg tdk berukir; 4. (mus) muzik latar; 5. act of setting (of sun, moon ) terbenam(nya). (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setting


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Topik: Terjemahan Bidang: Teknologi Maklumat Pohon pandangan DBP perihal istilah "setting" spt computer setting, module setting dan seumpamanya. Saya berpendapat "tetapan" bertepatan walaupun penulisan kini mengguna terjemahan yg bermacam-macam. TKUntuk makluman padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan.Istilah27.12.2011
Tuan/Puan, Apa padanan "setting up" dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat berikut: "Setting up divisions, regional officers". Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan perkataan “setting up” dipadankan dengan perkataan  “membangunkan” atau “mewujudkan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain01.11.2021
Apakah padanan yang tepat bagi perkataan "setting up" dalam konteks ayat di bawah: "An Act to provide for the establishment of a Corporation to be known as the Malaysian Rubber Exchange for the setting up of a rubber market in Malaysia"? Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan perkataan “setting up” dipadankan dengan perkataan  “membangunkan” atau “mewujudkan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain17.08.2021
Salam sejahtera, Adakah 'Pre Setting' sesuai diterjemahkan kepada 'Pra-tetapan'? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih."Pre setting" boleh diterjemahkan kepada Pratetapan. Ejaan yang tepat ialah Pratetapan bukan Pra-tetapan.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2018
Apakah padanan Melayu untuk 'prong-setting' (sejenis reka bentuk untuk cincin)? Adakah 'tetapan serampang' sesuai? Terima kasih.Kami mencadangkan "prong-setting" diterjemahkan sebagai "ikat serampang". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
TERJEMAHAN Terdapat beberapa laman web yang menterjemahkan 'setting' kepada 'seting' sbg contoh: http://www.microsoft.com/windowsphone/ms-my/howto/wp7/start/recommended-settings-in-phone-setup.aspx Pandangan DBP dialukan.Dalam daftar istilah DBP bidang Kesusasteraan dan Komunikasi Massa yang menerima pakai seting sebagai padanan daripada setting, manakala  bidang-bidang lain menerima pelbagai istilah yang sesuai mengikut konteks dan penggunaan seperti pengesetan, latar dan persekitran. Untuk mendapatkan maklumat lanjut lihat setting">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=setting.Istilah08.03.2012
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Istilah "default setting" merujuk kepada kawalan perkakasan atau perisian komputer (atau peranti, kelengkapan atau mesin) seperti yang dipraset oleh pengilangnya. Apakah terjemahan "default setting" yang paling sesuai - "seting lalai", "pengesetan lalai", "tetapan lalai" atau apa-apa terjemahan lain?Cadangan kami ialah Tetapan Lalai.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2019
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "setting" / "settings"? Adakah "tetapan" atau "penetapan" yang lebih sesuai digunakan? Contoh ayat: Profile Settings Mohon jawapan dari pihak DBP. Terima kasih.Salam, untuk makluman tuan padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan.Istilah20.08.2014
MIMOS sedang membangunkan sebuah projek untuk mengurangkan jurang digital bandar dan luar bandar. Mohon pihak DBP untuk terjemahkan ayat dibawah dalam penggunaan ICT BI- BM 1.Setting 2.Info channel 3.Soft phoneSetting = latar; Info Channel = saluran maklumat; Soft Phone = fon maya.Makna25.02.2008
Apakah terjemahan perkataan-perkataan di bawah dalam bahasa melayu untuk istilah teknologi? 1) Zoom in 2) Zoom out 3) setting - tetapan? 4) background selection 5) open - buka 6) hide - sembunyi? 7) help - tolong @ bantuan? 8) shortcut terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: 
1. zoom in - zum dekat
2. zoom out - zum jauh
3. setting - pengesetan 
4. background selection - pilihan latar belakang
5. open - buka
6. hide - sorok/sembunyi
7. help - bantuan
8. shortcut - pintas
Istilah14.03.2013
12

Kembali ke atas